klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

28 April 2011

MUHASABAH....

kenapa tak MUHASARAWAK .....grrr !!!

..okeh2 serius2 ni...

banyak diperkatakan tentang muhasabah diri....apa sebenarnya pengertian muhasabah itu sendiri..
kekadang sedap je mulut menyebutnya...tak kurang juga cm dinaz ni...baru ja nak mengenali lebih dekat lagi kepada sesuatu yang bolh mendatangkan kebaikkan pada diri untuk bekalan ke akhirat nanati.

jom kita share sikit...

Muhasabah berasal dari kata hasibah yang artinya menghisab atau menghitung. Dalam penggunaan katanya, muhasabah diidentitikan dengan menilai diri sendiri atau mengevaluasi, atau introspeksi diri.

dalam melakukan muhasabah, seorang muslim menilai dirinya, apakah dirinya lebih banyak berbuat baik ataukah lebih banyak berbuat kesalahan dalam kehidupan sehari-harinya. Dia mesti objektif melakukan penilaiannya dengan menggunakan Al Qur’an dan Sunnah sebagai dasar penilaiannya bukan berdasarkan keinginan diri sendiri.

Oleh karena itu melakukan muhasabah atau introspeksi diri merupakan perkara yang sangat penting untuk menilai apakah amal perbuatannya sudah sesuai dengan ketentuan Allah. Tanpa introspeksi, jiwa manusia tidak akan menjadi baik.

pelan-pelan kita berubah ke arah kebaikkan.

pssst..ada juga orang di dunia ni, hari ni dah berubah jadi baik, esok ...tup2 berubah jadi tak baik plak..lusa jadi baik balik...ahaha..mcm2 perangai la...

siapalah kita nak menentukan kebaikkan orang lain...cermin diri sendiri dulu..cantik/hensem ke tak !!! (lari tajuk dah ni...)
okey cau cincau..salam.


22 April 2011

Yahooo.com...esok cuti , Sapa Pulak Yang Cari PASAL ni !



Assalamualaikum...

Yahhooooo...macam bebudak sekolah la pulak kite ni yer.....ehh bukan korang..aku la sebenarnya , excited sangat...

Keja..keja..sampai tak terlarat nak buat ...tulah masa study sibuk nak keja...ni ha masa keja teringat plak nak belaja....

kalau buat kedua-duanya dalam satu masa .........emmh dah penah merasakannya...perit teramat sangat!..dunia...dunia semua ni...

OOooooOOoo...sapa yang cari pasal ni...lama juga aku tak tengok blog ni..rupanya ada yang baik hati cari pasal dengan aku....(mamaDiana saja cari pasal...huhu)


http://mamadianasajacaripasal.blogspot.com/2011/04/segmen-jom-berkenalan.html

erk! memang baik hati sangat blogger ni....DAN beliau telah TAG aku untuk kenal2 katanya...

18 April 2011

Aku Dah MALAS...titik.

..alahai kenapa kau tetiba je datang dalam mimpi moon...

dah lama kau 'mati' dalam hidupku...

kenapa?...kenapa....merayu2 plak tu..

kau pernah bagi aku harapan ..lepas tu kau biarkan saja...

then selang beberapa minggu tak contact...kau hadiahkan aku berbaris lirik lagu ni...

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku ...

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan

katanya untuk aku menilai sesuatu yang indah...



entah lah....tak pandai aku

psst...lepas demam ni cm lain plak rasanya...



13 April 2011

Kejap ok kejap lagi tak ok...

..hee tapi belom kO lagi tau...huhu sedihnya....
mana sumer org kat rumah ni ni,..aku kesunyian..naseb la ade kengkawan maya...terhibur jugak..

nak makan bubur moi pon kena wat sendiri..kecian kan....

arr tu kau dinaz, den dah koba layi..jangan..jangan..ko nak ikut juga mancing dgn geng laki..hu , nak ikut layi tak ni??...

tah bahasa daerah mana aku type ni....org demam camtu lah ..suka merapu....

omak oiii...balikla copat ni hah...den kesojukan nih...

sob2 :P...

pssst ....ape la orang tu..calling2 kita pon tak....

Thanks pada Gdiss Kepastian....sudi menemani ku..lap u !


cute girl...



11 April 2011

Apa yang ko dapat Dinaz ???

Alhamdulillah , aku ade lagi kat sini..no Tsunami2 ye...jahat la PCL..kasi oarng takut je.......... Aku cumanya keletihan sikit je, rasa lenguh2 badan ni...

ehh , korang suka tak dengar aku citer pasal mancing ni...eeeiii! cam orang lelaki je kan aku ni...hahah , tak pe janji aku happy..

aku sebenar dah amik 1/2day awal2 lg..aku tau la....mesti liat nak bangun pagi kalau nak start keja on Monday...mood cuti konon...

tu la kan orang kasi cuti, dok berehat2 kat rumah ..ni tidak...pegi mancing!...Gedikzs!

"Apa yang ko dapat Dinaz...." bff sms aku pepagi tadi, mungkin dia tak perasan aku dah mintak masuk lewat hari ni....



"aku dapat pengalaman CASTING fishing rod! ..tu jer...ikan Boleh la ada sikit ! ahaha...

melecet sikit tapak tangan takpe....

sunburn sikit takper...alahai kalau guna sunblock pon cm tak berkesan dek terik mentari tu....

yang penting kami enjoyed !

Syukur semuanya selamat kembali ke daratan dan bawa balik  sikit  ikan kecik2 je ...bole la buat lauk...yg lain lelong kat nelayan sana...

08 April 2011

Jom Mancing !

"kalau kail panjang sejengkal...beli la yang panjang sikit" (nazmi rajaLawak)



memancig bersama buah hati ...esok.! emmm....dah lama aku inginkan saat itu..rindunya...


alahai...bukan gedikzs lagi ni ..cepat2 nak keluar opis..sebabnya nak beli apa2 yang patut nak buat bekal pegi memancing dengan 'buah hatiku'....

dah lama mengidamkannya...biar hitam berpanas namun kepuasan adalah bagi diriku....

korang punya plan ape untuk esok n lusa....merendek erk???


jangan...jangan tau....tak baik, kalau nak berpacaran pon cari la tempat yang terang...bawak mak ayah sekali ....

bajet bagus plak dinaz ni...



dapat ke tak bawa balik ikan ke tak kesah.....

p/s : ayah jgn tinggal daku...

07 April 2011

Simpati kerana kau BF ku...


"Aiyoooo..kat luar sana hali manyak gelap wooo...macam mana mau balik ni.."

ini adalah statment yang dibuat oleh rakan se pejabat ku...

aiyak! mau kasi tumpag sama dia ka....aku balik arah utara dia arah selatan..macam mana ni???

"mau tunggu solang2 sini manyak takoot wooo..."

aku sudah rasa simpati kat dia....dia ni my best fren...mesti mau tolong kan!



my BF

okay kita stay sini...mau tido sini pon okay..aku berseloroh...

baru la nampak gigi sikit...*senyum amoi meleret gitu..sweet sangat..i like*.

Kata- Kata Hikmah .

Kata-kata hikmah ini dinaz dapat dari Pakcik Scribd dan ia merupakan koleksi eksklusif puan Mazni bin Othman. Yang pahit jadikan kopi, yang manis jadikan halwa. Sekadar berkongsi. Moga bermanfaat!


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatnya muda selalu, dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan (guarantee). Yang ada hanya peluang (opportunity)."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


Read more: http://mutalibattholib.blogspot.com/#ixzz1IAgumWZB

06 April 2011

Jom Ngular kat pantry jap...!

Assalamualaikum..salam ceria pagi Rabu....

Alhamdulillah ramai yg suka dinaz kembali ceria...klau korang suka , dinaz sejuta kali sukakannya....huhuu..baru nampak muda remaja selalu...dah macam kebudak-budakan plak ni....tersengih tah hape2..

ehh dah sarap ke ..makan pe pagi ni?  dinaz makan kat rumah je..pepagi td bangun awal tak nak jogging dah..penat lak rasanya...n sebab lain nya nak buatkan nasi lemak untuk bekalkan pada ibu , ayah ,n budak kechik tu...termasuk la dinaz sekali.

asyik ibu je yang masak sarapan utk ktorg...malu ar!

Selalu aku lah orang yang pertama puji masakan ibu, tapi hari ni...aku dpt bonus pujian dari semua oramg dalam rumah ....huhuhu sapa tak syok bila kena puji...lagi2 orang lelaki cam ayah dinaz tu...susah sangat nak memuji...ibu pon cakap cm tu.

pagi ni dengan bangganya aku bawa bekal lebih sikit..nak letak kat pantry, alang2 dah kena puji tu....tp takde la nk harap pujian dari kengkawan opis...saja dah niat nk buat kenduri nasi lemak..cm tulah!

dah inform dorang td....huhu by email plak tu..."Jom Ngular kat pantry jap!"...haa tu masej aku kt email kengkawan terpilih..join the group....jap lg siap la dorang serbu !!

neway, aku buat ni adalah untuk merapatkan lg silaturrahim antara staf2 yg ada kat sini espesli yg wanita .

sesekali berkumpul sblm buat keja masing2....ngular la dulu jap ye...heeeee.

05 April 2011

Tenggelam timbul ni ..apehal?...miss u all

...hai..hai..Assalamualaikum semuanya...
aku rindu padamu..aku rindu anis, aku rindu kina...aku rindu bloggers yang setia....cuma aku jer kurreng setia..hehehe maklumla asyik takde mood je...kenapa..mengapa ..aku sendiri pon tak tau jawapannya..
maafkan daku wahai blogger sekalian.

okay..lepas ni aku akan aktif kembali...aktifkan hariku dengan dunia blogging ni...wuhuooo!...dah betul2 fit ni...hari2 jogging seawal pagi..dan sebelah malam pegi berenang....kesihatan terus jaga, tapi hati kengkawan blogger pon kena jaga jugak kan..

Alhamdulillah , bila kita sakit..baru kita dapat menilai kesilapan yg lalu..terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku wlaupon sedikit baru kesedaran ini..aku semakin menghampiri MU ya ALLAH.

setiap kesakitan itu penghapus dosa2 kecil lampau kita...

korang ceria, aku pon turut merasakannya...taknak da sedih2 dah...nanti sakit lain pulak yg menimpa, bukan sakit yg diminta tapi kesedaran untuk berubah ke arah kebaikkan ...itulah kebesaranNYA.

Syukur Alhamdulillah.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..