klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

30 Mac 2011

Kembali Ceria...Dinaz.

Assalamualaikum....

Alhamdulilah aku dah kembali ke tempat keja hari ni dengan langkah ceria sikit..dah diberikan m/c oleh dokter, aku gunakan dengan sepenuhnya berehat dirumah tercinta...

huhu alangkah tak selesanya bila badan rasa lenguh-lenguh, batuk dan sakit tekak..
aku redha...aku mengerti dalam keadaan sihat ni lah kita kena hargai apa yang telah dikurniakanNYa...

Terima kasih kepada rakan blogger dan rakan sekerja yang sentiasa perihatin , bertanya khabar dan tak dilupai ayah ibu serta adik ku , melayan karenah ku semasa aku perlukan bantuan kamu semua.

tak nak serius sangat....yang penting semuanya dah okay.

akan bersiaran seperti biasa...insyaAllah.




27 Mac 2011

Aku tak sihat !!



Assalamualaikum...

kepada pemenang utama dan peserta bertuah yang telah berjaya memenangi hadiah untuk 1st GA dinaz..diharapkan anda semua telah menerima hadiah masing-masing dengan rasa puas hati ...

Dinaz terasa kurang sihat sejak kebelakangan ini mungkin terlalu keletihan dgn kerja dan kursus ...

doakan dinaz cepat sembuh dan aktif seperti sebelum ini..

demam, sakit tekak dan batuk2 melanda diri ku...

alhamdulillah..aku redha segala ujian ke atas diri ku ini.

25 Mac 2011

Pengumuman PEMENANG 1st GA Teka Teki.



Assalamualaikum WBT.


Sukacitanya ingin saya maklumkan di sini bahawa segala pemilihan para pemenang adalah dilakukan oleh diri dinaz sendiri, tiada sebarang dorongan dari pihak luar dan juga rakan blogger. Sudah dimuktamadkan..sebarang bantahan selepas ini tidak akan dilayan.


PEMENANG 1st Diaumaininaz GA Teka Teki adalah seperti berikut :




Hadiah Utama berupa wang tunai Rm50.00 untuk satu (1) pemenang dimenangi oleh : 

http://hanisbieber.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
Pesanan : Pemenang hadiah utama, sila emailkan nombor akaun anda kepada dinazon9@yahoo.com seberapa segera.

Juga lima (5) hadiah saguhati berupa topup Rm5.00 kepada peserta yang bertuah dipilih secara rawak (semua peserta yang bertanding terlibat).


Mereka yang bertuah itu adalah seperti berikut :

1)http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 1:26 PM) (KLIK)


2)http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininiaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 3:21 PM) (KLIK)


3)http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 12:55 AM) (KLIK)


4)http://buahpauhmangostan.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 12:58 PM) (KLIK)

5)http://alakadarsaje.blogspot.com/2011/03/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(15 Mac 2011 3:38 PM) (KLIK)

Pesanan : Kepada para pemenang bertuah , Sila email kan butiran nombor maxis/digi/celcom anda kepada dinazon9@yahoo.com seberapa segera.
 
Alhamdulillah segalanya sudah selesai dan keputusan secara rasminya telah diumumkan...
Terima kasih daripada saya untuk anda semua yang memberikan sokongan, yang turut serta secara langsung atau tidak segalanya amat dihargai.


mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak Diaumaininaz Blog.


Salam n Blogging Mau Ikhlas.

Halooo.....Jom sama2 kita belajar...



Salam...sementara menunggu keputusan Pemenang 1st GA....yang akan publish pada jam 3.00 PM nanti...jom kita klik sumber tersebut. (KLIK)

Cara Menghafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik... (",)

24 Mac 2011

Pengumuman JAWAPAN 1st GA Teka Teki.



Assalamualaikum WBT...kepada semua readers diharap ceria selalu okay !

..kat sini dinaz dah bersedia nak umumkan jawapan pada pantun teka-teki dalam 1st GA dinaz hari tu...maaf sekali lagi di atas kelewatan yang tak disengajakan ..orait!

Kita street to the point ....

Soalan berupa pantun :
Cedok Kuah Gulai Nangka,
Cedok Dari Dalam Mangkuk,
Anda Bertuah Tidak Kusangka..
Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok.

..terus kepada jawapannya ialah : U . D . A. N. G (tak kira spesis apa..sama je)
..kenapa dinaz kasi jawapan tu...okay dinaz beri penjelasan sikit kat sini biar semua peserta puas hati :

Penekanan hendak lah kepada point soalan "Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok" bukannya "Bengkok"...mungkin agak mengelirukan tapi itu lah jawapan yang ada di sini. (MUKTAMAD).

Berikut adalah peserta yang menjawab dengan betul, kesemua akan dinilai dan pemenang bertuah akan diistiharkan pada ESOK (25/3/2011) petang.

http://gegaramasinlah.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://supermansayaterbang.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
http://zaiikulim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://buahpauhmangostan.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://faraaaahalim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininiaz-teka-teki.html
http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://hanisbieber.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki_23.html
http://cikguceloteh.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html

Sekian.

23 Mac 2011

Dinaz Dapat Hadiah...dari MOSCOW.

Assalamualaikum WBT...

Salam ceria kepada blogger semua...maafkan hamba tak bersua di sini sekian lama...
Aduhai..memang memenatkan bila kita sibuk dengan kursus wajib bagi kakitangan Kerajaan ni kan..
Bagi sapa-sapa yang dah kena tu tau la macam mana kan...

Aku ni baru jer sampai kat opis..semalam baru balik berkursus selama 4 hari di Port Dickson..1/2day hari ni sebab tak larat sangat...ikut kan hati maunyer esok jer aku masuk opis...

Staf opis saje je nak kenakan aku ..kata dorang ada urgent meeting , wajib hadir...uhhh! memang la dorang ni selalu buli aku..

TETAPI..sebagai balasan penat lelah aku ke opis tanpa rela hati..aku dapat satu parcel...wow! memang ditunggu-tunggu kehadirannya...


...datangnya dari Special GiveAway From Moscow (KLIK)





emmh..bertuahkan dinaz ni....Terima Kasih banyak2 kepada Kak Nor. I love You so much ! he he sukaaaa sangat.
Sebenarnya parcel ni dah samapai kat atas meja dinaz dua hari lepas lagi....sorry lambat reply pada tuan punya GA (kat sini je la kan..biar sumer orang tau!!).

pssst....kepada peserta 1st GA Dinaz , harap bersabar, anda paham dengan kesibukan saya...Terima Kasih (lagi 2 hari keluar keputusannya..insyaAllah)

babye..nk menerai baju baru...

20 Mac 2011

TAMAT : 1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki.



Salam semua...


Dengan ini saya mengumumkan bahawa segmen GA ini telah samapai ke hari penamatnya. Terima Kasih kepada yang memeriahkannya , semoga anda berjaya...


Tunggu pengumuman dari saya sedikit masa lagi...selalu lah berkunjung untuk mengikuti perkembangan dan keputusannya nanti.


Assalamualaikum !

1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki.

INI ADALAH STICKY POST (scroll page untuk baca entri terbaru !)


Assalamualaikum kepada readers blog ini semoga anda ceria selalu..
Ini adalah pertama GA dari Dinaz...semoga sukses ya..



Soalan berupa pantun :
Cedok Kuah Gulai Nangka,
Cedok Dari Dalam Mangkuk,
Anda Bertuah Tidak Kusangka..
Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok.

Syarat-syarat penyertaan :

1. Anda mesti mempunyai blog sendiri.
2. Anda dijemput menjadi follower Diaumaininaz Blog (tiada paksaan)
3. Post satu entri tentang  giveaway ini di dalam blog anda dengan tajuk "1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki" dan letakkan baner di atas berserta  link terus ke blog ini.
4. Salin soalan dan letakkan jawapan anda di bawahnya mengikut kreativiti masing-masing(tak semestinya jawap dengan pantun) .Jika terdapat sama jawapan antara peserta, ia akan diadili mengikut kreativiti jawapan anda oleh saya.
5.Tag 4 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
6.Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini supaya senang saya buat lawatan.

Giveaway ini berakhir pada 20 Mac 2011 12.00pm

Hadiah berupa wang tunai Rm50.00 untuk satu (1) pemenang terus ke bank anda dan lima (5) hadiah saguhati berupa topup Rm5.00 kepada peserta yang bertuah dipilih secara rawak. 


Sekian Terima Kasih..."Blogging Mau Ikhlas".
.

14 Mac 2011

Al-Fatihah Buat Abah Izz



Salam...pasti ada di antara korang yang lebih dahulu maklum tentang kepergian Allahyarham Mohd Nasir Bin Ismail atau lebih dikenali di kalangan blogger sebagai abbah_izz.


Saya ingin meghebahkan lagi bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada sesiapa saja yang membaca entri ini .


Sebanyak mana yang kita mampu sedekahkan ...teruskanlah , mudah-mudahan mendapat rahmat dan insyaAllah arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang beiman...Aamin.


rujukan : p@kciklie

Jom Meriahkan (segmen blogger) ape2 jer la.



Assalamualaikum....

Dinaz nak buat pengmuman di sini...

kepada blogger yang ada segmen GiveAway, LuckyDraw , kontes dan seumpamanya, boleh la maklumkan kepada dinaz.....mungkin kita dapat join untuk memeriahkannya lagi di samping menambah kenalan blog...

e eh cm dinaz banyak masa terluang la plak kan!!...ade masa yang bersesuaian kita support je mana yang patut...

lapangkan la masa untuk jemput dinaz menyertai segmen korang di sini :

13 Mac 2011

Jalan-jalan hujung minggu




Salam...ape korang buat tu...aik! dok kat umah jer...
...hepi-hepi la sikit , jejalan kat luar cari angin di persekitaran lain...ubah mood sikit..

aku kat Ikea...woo ramainyer orang..duyun-duyun serbu...emmh ade sales la pe lagi...parking pon tah ke mana , jauh sana nun....

ekceli bukan nak beli apa pon , cuma nak temankan ibu jer...kalau dok kat rumah tatau ape nak buat kan...haaa ade jualan buku murah sangat ... ibu da lepas ke dalam aku rehat-rehat sambil post entri kat sini...hingar bingar..keadaan tak tenteram langsung....

sempat menyesakkan lagi keadaan , aku beli sebuah buku...best jugak ni...
"Semanis Tart Ceri" oleh Maslina Ngadiman...tak habis baca lagi...baru belek-belek jer...harap ia memenuhi citarasa pembacaan ku hari ini...

Salam jumpa lagi...

11 Mac 2011

Luangkan Masa Untuk Relaks...

Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan orang yang sentiasa bercermat bukan bermakna dia akan menjadi kedekut...

tidak bermakna kita tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan kita, luangkan masa untuk relaks dan bergembira (sebab kita hanya hidup sekali!). Malah ia lebih penting apabila kita mempunyai 'duit yang sedikit'. Tanpa keseronokan, sukar untuk hidup sihat...janganlah menambahkan tensi dengan sikap kita yang membengis dan murung sentiasa bila bersama keluarga tersayang...

bergembira di sini ada batasnya..jangan pula sampai melalaikan tanggungjawab kita kepada Allah.

..hargai mereka untuk kebahagian bersama...

elok lah kan esok pon hari cuti bagi yang bekerja dan kanak-kanak sekolah pon dah mula bercuti penggal persekolahan....jadi rancanglah sebaik-baiknya moga dapat dimanfaatkan untuk kebahagian bersama.

kalau tak tau nak kemana-mana , keluar depan rumah pon jadilah ..tengok matahari terbit ke terbenam ke..kan best suasana cmtu....atau malam sikit tengok bintang dilangit sambil berborak dengan ibu , ayah n adik....

haaaa...biase buat cmtu kan...kalau tak , kena cubalah baru tau cmner ....


okay babye..salam dari dinaz...

10 Mac 2011

Dia..Umai..Ninaz..(Dinaz)


Diaumaininaz merupakan nama saya yang sebenar-benarnya mengikut 'IC blogger bukan warganegara', ada yang panggil saya Dia,Umai,Nina,Ninaz dan Dinaz...disebalik tu ada kisah-kisahnya..

mau tahu selanjutnya....
gambar hiasan je ni....

...sebenarnya saya tak suka bergambar...amik gambar orang dan benda-benda lain yang berkaitan dengan keindahan alam..itu memang jadi kesukaan..

Bila bercakap, mesti mau tanya jika ada sebarang kemusykilan...jangan rimas dengan saya bila anda dekat dengan saya (takper belum penah jumpa pon!!)

Dia...panggilan oleh rakan-rakan sekolah rendah dulu.., mungkin masa tu ramai yang ada nickname Dia, ada artis nama cmtu kot, taktaulah suka-suka jer panggil nama Dia..confuse la...well dah ramai yang melupakan nama tu..

Umai...atok n opah jer suka nama ni..taulah kat mana yang bestnya...nak kata nama makanan Sarawak pn bole jg..tu pon baru tau jer dari teman sekolej dari sana.

Nina..haaa ni pangilan manja kat umah, ayah n ibu memang selalu guna panggilan ni..
saya pn sukaaa tapi di rumah saja...

Ninaz...tu kekadang mereka yang tersasul..espesli kawan-kawan ibu, haha biar je lah asalkan dorang bahagia..huhu.

Dinaz...nick name yang melekat sekarang ni, thats why blogger pon aku guna nama nie...aku lebih selesa .

namun Diaumaininaz tetap diutamakan dan menjadi nama kepada blog kesayangan ku.

...di sini aku bermula dan  mengenali anda di alam siber..

hanya segelintir yang tahu...........Siapa Dia dalam keadaan sebenarnya...Syshh!!!

Dulunya aku boros!!



Satu per satu hikmah dari Allah yang semakin menyedarkan aku...alhamdulillah, mungkin pada anda ini adalah satu perkara biasa saja...

Dulunya...takde la lama sangat pon, bulan2 lepas je...aku pemboros 'kaki shopping'.
biasak la kan , orang muda yang belum dapat hidayah...heee.

nak beli apa pon tak perlu fikir panjang, fikir seronok jer...malas aku nak citer panjang pasal keaiban diri sendiri..tapi cukup sekadar aku katakan kehidupan aku agak tersasar sedikit masa tu..

Sekarang aku cuba hidup dengan cara 'duit yang sedikit'...kurangkan perbelajaan harian semampu mungkin..tanya pada diri sebelum membeli sesuatu..

adakah betul-betul diperlukan ??

compare price especially barangan penjagaan diri...pasal barang makanan tu rasanya tak jauh beza...lebih kurang takpe.

> makan tengahari ni aku tapaw jer dari rumah...erk amcam ok tak ? korang pon sama jugak kan!...tapi ni menu spesel punyer...'nasi hitam'..ibu Dinaz yang baik hati buatkan untuk breakfast merangkap lunch...jimat cermat !

budak kecik (adik ) yang cakap nasi hitam , i polo je..



kat SINI ada info tentang 'nasi hitam' ni...silakan klik.

pssst..makan nasi hitam.... jangan hati juga turut 'hitam'...sentiasa mencari keredaanNya.

Salam...babye.
"Blogging Mau Ikhlas"...Dinaz.

Semak je lah!



Assalamualaikum, hai readers...

kat mana tu JPJ ke??...bayar saman ek!....bagus la langsaikan sebelum kena blacklisted.., hari ni lastday nak clearkan saman kalau ade la...

heee Dinaz pon baru terhegeh2 hantar sms , baru je dapat reply..dah confirm takde saman yang perlu dijelaskan...alhamdulillah.

50% diskaun tau...masih sempat lagi kepada dorang yang tak sempat dan mungkin terlupa ke...bole semak melaui sms ni :

Untuk semak saman trafik menerusi sms, korang taip: POLIS SAMAN [No. K/P atau No Pendaftaran Kenderaan] [email] dan sms ke 32728.Pastikan korang letak alamat e-mail dalam sms tu, kalau tak rugi 50 sen sebab dorang reply mintak alamat e-mail.

saje nak ingat kan....babye!

09 Mac 2011

Hina Ke Habiskan Makanan Dalam Pinggan???



Salam...hai semua..

.. memang ada orang kan, diorang tu takleh nak habiskan makanan. bagi dia, habiskan makanan tu hina...ni ada kawan yang cerita. hhuu betul ke ni...

tapi dah selalu juga nampak , hari ni je jadi baik sikit nak share kat sini..hemph!

serius ! 1st time dengar cmni.. hina ni.. huhu.. nape, nampak cam pelahap sangat ke? dah nama pun beli banyak tu, habiskan je la tak.. macam2 la orang dalam dunia..

patut diorang yang beli kena fikir dulu larat ke nak makan.. ni banyak juga tengok orang tak larat makan, last2 tinggal.. sayang betul..

huh! sayangnya ...membazir betul la mamat tu..


Kita yang beragama Islam ni kena ikut le apa yang agama kita ajarkan. Islam sebagai cara hidup, bukan sahaja dari segi adap makan, tapi melengkapi seluruh aspek kehidupan.

Ramai yang tunjuk pada kaum hawa...segan nak habiskan makanan bila makan ramai-ramai atau di majlis tertentu...malu lah kononnya tu , nanti orang cakap die tu pelahap !!! tapi dalam kes ni ..lelaki punya keja tau..

kekadang tu dah jadi cm adat la plak....tinggalkan sikit jangan sampai nampak licin pinggan tu...
ni kira makan habis tapi tak habis betul2..apakah?

pasal jamuan kat hotel bagi yang korporat.. aku  pernah join satu kursus protokol tuk majlis2 rasmi.. peraturan dalam majlis adalah tak boleh makan sampai habis, kena tinggal gak.. so, kadang2 tak faham gak sebab  sampai ada yang ajar mcm tu.. kononnya nak jaga adab makan dalam majlis rasmi...kira adab 'Mat Saleh'  la kot...kita jangan terikut sangat...agama kita tak ajar membazir kan!.

Kesimpulannya , sikap tidak membazir tu perlu ada pada diri...tak kira siapa,  lelaki atau perempuan...selagi dia manusia punya akal...bole je fikir yang mana baik buruknya.

P/s : nasihat untuk diri sendiri dan juga keluarga .

08 Mac 2011

Thank You Allah !



...ada yang memuji tak kurang juga menyindir..
memuji kerana perubahan drastik terhadap diri ini..
menyindir kerana mereka kurang yakin dengan apa yang aku lakukan ini..

yang pasti , aku tetap bersyukur dengan rahmatNya....
Selagi niat ini tetap dijalan yang benar aku akan tetap mempertahankannya , bukan sekadar untuk meyakinkan mereka yang memandang..tetapi yakin kepada diri ini menerima perubahan ke arah kebaikan dalam hidupku.

Semoga hidayah ini terus bersamaku dan menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapinya.

Thank You Allah...Syukur!

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah


Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya


Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah


Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
>pantun seloka dari sumber internet.

"Blogging Mau Ikhlas"..Salam.

07 Mac 2011

Blogger abah_izz dalam ICU



Salam..

Sekadar makluman kepada readers semua...Dinaz baru dapat info terbaru tentang seorang rakan blogger iaitu abah_izz @ Nasir Ismail sekarang ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.


http://izzukasyahfamily.blogspot.com
sumber : P@kciklie

..menurut abang kandungnya yang juga dikenali sebagai blogger P@kcikLie memberitahu, adiknya kini dalam keadaan kritikal. Maklumat lanjut tentang penyakit yang sedang dihadapi juga adalah kurang jelas kerana menurut doktor pakar ENT yang merawat, ianya masih lagi dalam penyiasatan. Keadaan menjadi bertambah serius kerana telah mengakibatkan saraf dibahagian otak beliau.(dah seminggu beliau terlantar tanpa sedarkan diri di unit ICU).

Harapan dari keluarga beliau agar kita sama-sama berdoa semoga keadaan semakin bertambah baik dan sembuh seperti biasa.


p/s : Hanya doa dan harapan kita pohon kepada Allah. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan dari Nya. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yang direncanakan Nya.

Sinar Baru Dalam Hidupku.



Syukur Alhamdulillah , Dinaz masih di sini...terasa hati untuk mencoretkan lagi dengan nada baru dan penampilan yang boleh menenanagkan perasaan jiwa yang selama ini agak tersasar.

2 minggu aku disibukkan dengan kursus dan tugas hakiki, namun di dalam kesibukkan itu ada hikmah di sebaliknya, membawa akan ketenagan dalam meneruskan liku-liku hidup sebagai muslimah di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tiada perasaan bermegah di sini, cuma apa yang nak disampaikan adalah..sinar baru dalam diriku telah muncul. Harapan moga berkekalan sehingga ke hujung nyawa...

InsyaAllah akan diperbanyakkkan lagi ilmu dalam jiwa ini dari hari ke hari..

03 Mac 2011

Huh! bestnyer...



salam..lama kita tak bersua di sini...

kekadang tu masa memang tak pernah cukup..kan!...entahlah kenapa aku teramat sibuk sangat..
biarlah itu masalah guwe....tak pelu diceritakan semuanya di sini.

Dalam saat kebingungan plus stress dengan kerja , ada juga yang menggembirkan aku...
haha ni dier..



dapat hadiah dari My Name Is Nor   sempena GA yang dianjurkan oleh beliau...
huh! best nyer....belum sampai ke tangan aku lagi dah terasa keseronokkannya...

okayla tu..time orang lain menang aku tak tau cmner dorang rasa...so sekarang aku dah tau.

Thanks Kak Nor..tak sabar tunggu hadiah dari Moscow tu.

psst...2nd time menang hadiah GA tau !.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..