klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

31 Januari 2011

Menuju ke 500 Folower...

Kepada sesiapa blogger yang ingin mendapatkan hadiah istimewa dari Dinaz...silakan


bertindak di luar batasan !!!


KLIK LINK INI SEKARANG !


Anda masih punya waktu...jika tidak rugilah anda...bukan senang Dinaz nak offer..


konpom kan saja di rungan komen link di atas.

30 Januari 2011

Lamunan Terhenti..

 ..Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila 'dia' menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila 'dia' tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila 'dia' jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati....


"Assalamualaikum...(tuk..tuk bunyi pintu yang sedikit tebuka diketuk oleh ibuku)...lebih baik tido le dari mengalamun depan laptop tu...esok keja kan! " .


yelah..cau dulu.

29 Januari 2011

Kenapa pepagi ada yang nak 'menganjing' jer ni !!!

..aku bangun pagi siap sedia sarapan untuk budak kecik tu lagi..
ibu ayah takder..hilang !!
panggang roti n letak milo tabur ...fuhh sedap jugak..
air..biasala..pepagi minum air suam jer...jadilah..kena seimbangkan.

Selalunya bila time cuti cengini...kawasan kediaman ni sememangnya sunyi sepi...

tah apa dah jadi dengan jiran depan tu..walaupon jauh sikit tapi masih boleh dengar ..., orang kita..bukannya warga asing ke..tak paham aku..masalah keluarga agaknya..

kalau betul pon anjingnya yang menyalak , mengancam keselamatan..nak juga aku report...
pasal rumah tangga ..tak nak la ku !!!

sedar sendiri lawei!!

ehh betul ke apa aku buat ni??

Sesekali lepas gian !!

Layan sekejap...



ada kepuasannya di situ...hanya dari golongan mereka saja yang memahaminya...

28 Januari 2011

Special GiveAway From Moscow


Link kepada blog Penganjur KLIK SINI

Syarat-syaratnya

1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member kan?)
2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:)
4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact.
6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011.

Okay ..kepada blogger yang belum mengetahui dan ingin turut serta memeriahkan GA ini, sila lah
berkunjung terus ke blog penganjur...ada hadiah menarik !!
bagi menyempurnakan semua syarat , Dinaz akan Tag  5+3 orang rakan blogger seperti di bawah :

1) Ms Efa
2) Mr Swift
3) Ms Ayuni
4) Ms Noor Fatin
5) Mr Edy
6) Mrs Kina
7) Ms HanisHangTuah    dan
8) Mr Ahmad Muzaffar (ehem..ehem...kasi settle ini dulu tau!!)

JOM JOIN ramai-ramai !!

Anda Mengeluh Tentang Pasangan !!

Kenapa anda mengeluh ??.adakah anda tidak berlaku adil terhadap diri masing-masing..


Seharusnya anda bersyukur kepada Tuhan kerana anda telah dikurniakan pasangan hidup..


Harus diingat...Sebelum mengeluh tentang pasangan anda..cuba fikirkan tentang seseorang yang sentiasa mohon pada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup baginya.

Jangan fikir tentang diri sendiri saja..muhasabah dan bersyukur dengan apa yang ada..!


27 Januari 2011

Ini Yang Dicari...'MATANG'.

...Sekirannya anda lelaki, anda boleh bekerjasama dan bersahabat dengan wanita tanpa
berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita..


...Sekiranya anda wanita, anda pula boleh bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki secara jujur...


inilah ciri lelaki/wanita yang MATANG sebenarnya...

BEN ASHAARI BLOG



Menjawab soalan Ben

Saya update 5 kali sehari dan dalam seminggu ada la 30 entri yang dipost ..maybe hari minggu kurang sikit, ikut kesesuaian masa., sehingga kini dah 160 entri telah dihasilkan.

Berada dalam blog list BEN ASHAARI ni adalah kerana ia adalah satu-satunya medium yang sangat baik untuk memperkenalkan blog baru seperti ini. Para Blogger yang ada di sini juga adalah seperti saya yang memerlukan support dari orang lama...sporting lagi tu!

Kalau lah ditakdirkan popular la blog DIAUMAININAZ ni...saya juga ingin buat segmen-segmen yang boleh membantu menaikkan perkembangan blog semasa...dah ramai pengikut baru ada umphh!!

harap diterima dalam blog list BARU brader ...terlewat! sori ya..

1st GA from Aesya

Tag dari  imaza93.


Salam u alls...wuich!! ramainyer blogger joint GA ni..

rasanya aku pon tak nak lepaskan peluang cmni..so sapa yang belum join
jom la sama-sama kita meriahkannya lagi..KLIK SINI.



http://akuzealous.blogspot.com/2010/12/1st-ga-from-aesya.html

Moto Hidup Dinaz ialah : JANGAN MALU CERIA SELALU

Tag : 1)Lia Insyera ,  2) nurhusninadotcom  and  3)sisDayna

Aku suka mereka buat lawak !!



oooi.. dahsyaaaat..!!!

........ kalo mata kail panjang sejengkal.......................beeeeeeeeeli laa panjang cikit......



pernah tengok ULAR Berak ??


kalau tak pernah tengok...'Daud' kata kita ni tak cukup matang lagi....haha betui ka?? nanti kita check sama-sama okay..


dan seterusnya paling aku sukaaa sangat dengan gelagat



hilang sikit tensi aku !!!

26 Januari 2011

Soal jodoh...

bila si 'dia' bertanya tentang jodoh...aku katakan..aku teringatkan citer syurga cinta..
Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Jodoh dari mu ya Allah yang ku cari selama ini...

...belum ketemu lagi....tunggu!!

Mama Kyra 1st GA

Salam...dapat Tag dari Nina...dia suruh buat cepat-cepat takut nanti tak sempat..last day da ni..banner penganjur ada kat bawah ni..korang nak join
boleh KLIK SINI.


untuk makluman sebenarnya masih ada banyak masa..sebulan lagi tau...rasanya Nina dah tersalah pandang tarikhnya tu..takpe2..its okay.. Ianya baru bermula hari ni .

Ucapan Selamat Ulangtahun kelahiran buat Mama dan Papa serta Ulangtahun Terlahirnya Blog "Tercipta Untukku dan Untukmu" ...semoga ceria selalu.

YEZSSS...JOM JOIN dan MERIAHKAN !

ohh jap nak Tag : Sekmar Rindu  dan BEN

Maaf ye...aku tak berkenan !!

..staylo mylo rambut ala-ala cendawan...memang tak berkenan di hati..

pe lah naseb korang yang minat sangat dengan dia tu!!

tengok..Noh Hujan pun dah tukar stylo rambut cendawannya...


dah okay sikit dari dulu...mesti miz nina suruh tukar stylo cendawan tu..




Tapi kan... tahu tak Justin Bieber belanja sampai Rm4.5k sebulan...nak bela cendawan tu,


kalau botak sekali pon.. mesti ramai yang meminatinya...kan!

hah ape nak jadi hal..... korang minat orangnya ke minat pada rambutnya...

ade ku kesah !!

ni hah kisah aku....dia datang mengendeng kat aku..siap ajak makan-makan bagai......
makan-makan okay..lebih dari tu rasanya tidak..just fren but not buah hati...

pssst....maaf ye encik rambut cendawan...bukan aku tak sudi awak!  soooooriiiii sangat...sehingga kau ubah penampilan mu..aku akan concider keep in view...

cau ..see u.

Besiaq = kerap pergi tandas..kan !

"besiaq: xtau nk habaq maksud dia dlm bahasa baku tapi org selalu guna utk menggambarkan org yg kerap pergi ke tandas"....
search by google.

haaa perkataan nilah yang aku nak ingat-ingat sangat dalam kepala ni...dah lama tinggalkan loghat utara...lama dah zaman sekolah dulu.

seram sejuk je rasa...kat luar ofis, mendung..dalam ofis pasang aircond..tula pasal dah 2,3 kali masuk toilet..



ni hah...dah jd macam fesyen bolywood dah kat dalam ofis ni..

aku jer takder pashmina...huhuhu..sejukk beb!


"ehh..mana kepala mana ekornya cerita cinta kita..."
sumber  : http://1001tentangcewek.blogspot.com/2010/07/istlah-dalam-fashion-2.html

25 Januari 2011

Siri Jelajahanku (cari makanan)




ikan jacket kalau sumbat sambal..pergh!! memang sedap.
http://cendanakasih.blogspot.com/.  (klik untuk buat lawatan)


Owh! 'ikan jacket'....kau mengingatkan aku kisah remaja hingusan dulu..
lauk makan tengahri dan malam yang membosankan...apa yang ada cuma itu saja dihidangkan bersama nasi kawah dan sayur kacang panjang masak lemak yang tak berlemak.. memang bagus untuk kesihatan...

Tak sabar menunggu cuti mingguan...balik kampung yang dinantikan...
"ibu...  anak ibu ni kelaparan ni.." ibu jadi mangas mendengar rintihan ....petang makan 'bubur pulut hitam'...malam plak dijamu 'biskut mayat' dengan ayaq hangat...

bubur pulut hitam untuk cik Ria..
http://belachan2.blogspot.com/   (klik utk buat lawatan)





diet tak terhingga...lebih baik dr makan mee maggi..kan!
 http://perantau89.blogspot.com/  (klik untuk buat lawatan)



'Damping Malam'...kisahnya tak jauh beza dari pengalamanku...senyum saja bila aku mengingatkannya masa menonton di Astro First semalam.

Kes buli tiada kedengaran kerana waktu itu rasanya masing-masing memahami kaedah orientasi yang perlu jadi igauan budak asrama...

Semuanya dalam kenangan terindah yang mendewasakan aku semasa di sekolah Teknik dulu *kat mana ..Sysss! area Penang la..rahsia.*

dari berasrama aku ber....asmara plak!...ade la kisahnya..malu eh nak citer...

oklah, cau..see u.

Wanita...tak ramai yang suka ni..

..korang nak tahu apa kebendanya...

aktiviti adventure...haha kan wanita tak suka panas terik, takut sunburn la...takut kulit hitam la...macam-macam lagi kan..

tapi kalau citer bab minat ni..takyah cakap la kan...yang tak minat tu la yang selalu kata tak boleh itu ini...
bagi kaum lelaki mungkin biasa pada dorang tapi  ...sebagai wanita menjadikan aktiviti memancing adalah satu adventure dalam kehidupannya...bukan pancing tepi pantai ye...laut dalam okay!

Semenjak minat memuncak setakat hari ini..dah 3 kali aku mengikuti pemancing laut dalam..
bermula awal tahun lepas...my father and the geng pancingnya, dorang lah punca segala minat ku bermula..

Firstly ..pesan ayahku..kena belajar berenang dulu lepas tu baru yang lain-lain ..step by step.
geli-geli tak de dalam kamus pemancig tau!...and satu lagi ..boleh tahan kencing dan berak dalam jangka waktu yang lama...(lelaki lain la..aku cakap pasal pemancing wanita ye..)

hah..saje nak share dgn korang ...kita pon ada minat luar biasa tau...

so, hari ni Dinaz nak jelajah blog ni plak...

tapi bukan sekarang...lepas ni..petang-petang sikit...

cau dulu..see u.

24 Januari 2011

Stim...ahhh ! bestnya..bukan selalu pon !!

Salam...malam-malam cmni kan ape nak buat ehh! penat blogwalking...penat kan !
berpeloh ke jari jemari menekan button keybord tu?...

Aku pon dah tatau nak buat pe lagi....
Korang nak kurus tak?? atau dah cukup kurus!..tetiba terlintas di kepala ku nak tanya korang..

Tapi badan yang kurus bukan bermakna kita sihat ye cik adik , akak n brader sekalian..
aku pon tak tahu ..dah tak larat rasanya badan cm lenguh-lenguh je..

nak swimming, fasa sandar tak pulangkan balik bikini kesayangan aku tu...*auta je alasan ni*.
golek sana..golek sini sampai terjatuh katil...lalu terpandang set sauna kat bawah katil tu...fuhhh! *awal sehari*..dah bersawang sikit ...lamanya benda ni tersimpan dalam kotak tu...

Set sauna ni adalah pemberian ibu..rasanya tahun lepas kot...aku sempat guna sekali jer...

malam ni terasa nak stim la plak...hoho nak join tak ni....dah 11 lebih dah ni..takpe2..esok bangun lewat sikit dari selalu...6 setengah pagi ke..okay !

Malas bersenam..tapi nak nampak muda selalu..cmner tu!!

Bila si dia bertanya....aku pon berkata.

Siapa yang tak ingin nampak muda kan? Banyak usaha dilakukan seperti bersenam, diet sihat dan ada juga yang sanggup buat pembedahan plastik....euuu takutnyer !!...

Sebenarnya takyah minum ubat pelangsing atau buat perawatan tubuh berlebihan, kita juga boleh awet muda sentiasa..ada caranya..

nak tahu tak cmner...senang jer,

Pilihan makanan .. ada banyak makanan yang membuat badan lebih sihat tetapi ada juga yang secara perlahan membuat badan jadi gemuk dan kulit berkerepot...

sebelum ni aku selalu makan roti gardenia putih, kentang goreng dan nasi putih, memang sedap tapi karbohidrat yang memberi rasa manis di dalamnya tanpa disadari masuk berlebihan .

Boleh jadi penyebab bahagian punggung lebih besar * wow! ada orang suka tengok*...dan perut gendut. Kandungan gula dalam karbohidratnya juga boleh menjadi musuh untuk kulit.

So, aku dah tukar kepada roti gandum, beras merah dan beras hitam. Selain lebih kaya serat dan mineral juga memberi kekenyangan yang lebih sihat.

lepas ni nak makan bubur hitam jelah...tapi kasi tawar sikit.

amacam nak cuba ??

aik! macam tau-tau plak jiran sebelah ni...

ok. nak bukak pintu jap..

cau dulu..see u.

LUCKY FOLLOWERS ~ SAYA MAU HADIAH

Followlah aku di sini



Hai blogger yang aku sayangi...semuanya lah termasuk yang silent reader tu..

Dinaz nak ajak korang yang mana belum jadi follower blog ini...supaya jadilah follower yang bijak dan ikhlas...yang belum ada blog tu daftarlah dengan blogspot.com dan teruskan aktiviti blogging dengan rasa tanpa bersalah langsung!!

Apa lagi ditunggu , segerakanlah niat murni anda tu..sila kunjungi blog ini untuk mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Sapa tahu kan!..kitalah antara  yang bertuah dapat hadiah tu disamping niat sebenar penganjur adalah semata-mata untuk menggalakkan kita support bagi memeriahkan lagi dunia blogging ini..

owh dah nikah rupanya..ingatkan lama dah !

Tahniah..Tahniah...semoga berbahagia ke akhir hayat Wawa..



KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Azwaliza Azman, 30, hari ini sah menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan Kadir Rashid, 32, Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Ustaz Mohd. Haiyazid Mohammad di Pusat Perdagangan Dunia Putra, di sini kira-kira pada pukul 6.30 petang.

Dengan sekali lafaz, Kadir yang bertugas sebagai pengarah eksekutif sebuah syarikat swasta selamat bergelar suami kepada pembaca berita TV3 tersebut.

Azwaliza turut menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki dan membalas 11 daripada pihaknya.

Dia turut menerima mas kahwin RM20,000 manakala wang hantaran RM 50,000.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa
sumber : mStar online

23 Januari 2011

Siri Jelajahanku (Boy's Pillow)

Anda sudah milikinya...wahai remaja lelaki ??

Lebih baik jangan...tAU!...NAK TENGOK klik SINI

http://berbagai-kisah.blogspot.com/2009/07/boys-pillow.html

heee..

Layan !

Followerku Sayang-Dinaz Give-Lucky No.1-500

Assaamualaikum WBT..salam ceria hari Jumaat.

Makluman kepada mereka yang sudah menjadi follower dan ingin menjadi follower seterusnya,
anda akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa dari Diaumaininaz.blogspot.

Syarat-syaratnya :

1. Sahkan follower blog ini dengan memberi IDuser. cth : Diaumaininaz
2. Link blog anda. cth : http://diaumaininaz.blogspot.com
3. Letakkan syarat (1) dan (2) di ruangan komen entri ini.

Tarikh luput : sehingga follower yang ke 500 (entah bila nak samapai da!)

itu saja....baravo !!!

22 Januari 2011

1st Giveaway From Keyna Chan



Salam korang sumer...meh le join GA blogger nih...(LINK), syarat-syaratnya pon ada kat link tu..

apa tunggu lagi....

Dinaz harap dua blogger ni turut serta memeriahkannya..

1) Atika Aula
2) Miya

p/s : tq HadifR..dinaz  dpt tahu dari jelajah sini.

21 Januari 2011

Boleh Pinjam-pinjam ke...sayang??

alah hai...ingat nak swimming lepas kelas nanti...
dah set dengan member-member dah tapi.......masalahnya ,


sorry ye dinaz....sori la I lupe arr..



ada yang pinjam tak pulang-pulang lagi ni knapa ek!!!

Cakap tak serupa bikin !



...baru je tadi dia tahan keta aku kata aku tak pakai tali pinggang...
aku cakap saya pakai la...*sengih loyar buruk aku*

"cik..seat belt la, maksud saya" ..kata brader polis tu...
"pakai..lain kali saya nampak ...saman!..ikut undang-undang"...*nampak garang tapi senyum kat aku*...

..alhamdulillah selamat duit aku...



...aku pon teruskan perjalan sebab nak urgent sangat sampai terlupa nak tarik seat belt...lagipon dekat je..

tak jauh dari situ, sampai je  kat lampu merah...



gambar hiasan dr google je.....mane sempat nak amik gambar..kang kena saman plak !


....oooo ini macam ke...suruh kita ikut undang-undang korang pon sama???
mana bole cmni...!!

tapi dia berhenti  masa lampu merah la...siap senyum lagi kat aku tu...bengke betul la...

Tentang Thaipusam...teringat zaman nakal dulu..

Sebelum tu...kenali apa itu Thaipusam,

1 MALAYSIA... kena amik tahu jugak !


sumber dari wikipedia :

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.


Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

gambar hiasan..(google).

nakal

....Orang kata hantu dan syaitan takut bila dengar ayat-ayat suci Quraan, tu apa yang aku paham masa aku darjah 6 lah...,  sampai masanya aku nak test....maklumlah orang pandai berlagu , belajar dengan atok (bekas Qari).

..masa tu *ingat lagi*...ada satu jalan dekat Sungai Petani...kalau tak salah area Pekan Lama...*memang lama dah tak pegi sana*...on de way ke pekan dari rumah atok , ktorang tersekat ...jalan jem! , ada orang Hindu angkat kavadi...gila ramai, siap cucuk-cucuk lagi..

...bukak tingkap keta Datsun 120y atok...aku dan Iman, my cousin melagukan Ayat surah Qursi dengan kuat dan tak sedap didengar...haha melompat atok aku terkejut.....korang tahu apa terjadi !!

 '
 '
 ''
 '
 '
 '
 '

dorang yang angkat kavadi tu..tak jadi apa-apa pon, entahlah rasanya bacaan ktorg tak betul kot !







ni yang ktorg dapat !!


emmph ! senyum je bila terkenangkan kisah kenakalan ku......
la..la..la...la.. heee.

19 Januari 2011

Bertuah ke aku !



no. 43 tu aku lah..yeha aku dah menang di antara mereka yang bertuah pilihan sw33tdarling...terima kasih penganjur.

JOM GEGAR BLOG


Nak Join segmen JOM GEGAR BLOG

Siri Jelajahanku (Nasi Kangkang dan Nasi Tangas)

“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,”


X Men telah menerangkannya DI SINI...silakan terjah ya !

18 Januari 2011

JUMAAT cmner ... ada plan cuti ke??

Hai....tengok tajuk tu...

dah ada apply ke..bole la submit terus, tunggu apa lagi ??

..online HRMIS ke isi borang cuti ke...buat la cepat2...

Our boss tengah Outstation, PA cakap dia bole tulun luluskan...

Korang punya situasi cmner , bole amik cuti ke?...Khamis terus sampai Isnin masuk keja balik...woo lama tu !

Orang Kedah, T'ganu n Kelantan dah beres ! ...korang?, masih di awal tahun , cuti pon banyak lagi kan.

Psst..nak balik umah dah..esok sempat lagi kot!

bye2.

Siri Jelajahanku (Air Daun Ketum)



"Peminum air daun ketum akan dianugerahkan wajahnya yang menghitam...", ujar seorang kenalanku.

ikuti cerita selanjutnya DI SINI.

Siapakah Pelakon Lelaki itu ?

Seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah Haleeda pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.


Haleeda


Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Jika benar mereka telah bernikah...Alhamdulillah, kita doakan mereka terus berkekalan bahagia.

Tapi nak tahu jugak kan..siapakah pelakon yang menjadi suami kepadanya ??

1st GA dari duniakuelken.

Salam..jom meriahkan GA dari blog Ibu Wawa, Klik sini untuk join.

Tag 2 org blogger :

1) Isteri Abang Manis

2) Gemok Gendut Gedempol

okay itu je..mudah sangat...korang pon boleh ikut syarat2 nya.

babye !

Saya Sedang Sibuk Blogging....!

Salam...hai..mesti korang juga risau tentang berat badan masing-masing kan!,
lebih-lebih lagi kaum wanita..kan!

ada di kalangan kita beranggapan ini adalah ketentuan yang dikurniakan Pencipta kepada kita, buruk baiknya kena terimalah dengan redha.

Tapi sebenarnya , kalau kita mahukan sesuatu itu kita boleh merubahnya dengan usaha dan selebihnya itu barulah berserah kepada NYA.


Sibuk dengan kerjaya adalah punca kenapa kita kurang bersenam...


macam kawan Dinaz dari Jog Jakarta ni...


PENYANYI Agnes Monica mengakui pertambahan berat badannya adalah disebabkan kekurangan masa untuk bersenam.

Jelas Agnes, dia kini terlalu sibuk dengan lakonan drama terbarunya sehingga tidak berkesempatan untuk ke gim.

“Saya sedang sibuk dengan sinetron dalam masa dua bulan ini. Jadi tiada masa untuk bersenam dan ke gim. Jika waktu rehat saya akan betul-betul rehat di rumah.

“Saya harap selepas tamat drama ini saya boleh kembalikan semula berat badan saya,” katanya.

Dia yang ditemui oleh Kapanlagi.com memeberitahu akan menyiapkan diri kepada sebuah acara besar.

“Selepas siri sinetron ini saya perlu bersiap untuk sebuah cara besar selepas ini,” katanya.
sumber : mstar Online

pssst.... luangkan lah masa sikit untuk bersenam...sakarang memang nampak sihat, tapi nanti ni ..belum cecah umur 40 dah sakit-sakit sana sini.

17 Januari 2011

AKU INI WANITA


AKU INI WANITA (KLIK)..ko ingat ape?...mai la join sama segmen dr BEN ASHARI.COM

nak cerita sikit tentang luahan perasaan aku sebagai wanita, nak masuk rancangan Wanita Hari Ini...jangan harap la..kan!

Aku yang keciwa
ok, sebagai seorang wanita yang baru kenal dengan dunia luar, maksud aku dunia maya cmni lah...first time bukak akaun Yahoo pada masa tu seingat aku dekat USM beberapa tahun lalu..skang dah gred...tapi itulah permulaan aku dalam dunia seperti ini...sebelum tu my parent mmg over control...(ada baiknya).

..dah pandai sikit..mau chating la plak..member cakap register je YM bole chat kat situ...wah memeng best la kan...banyaklah kenalan maya aku...especialy Lelaki...wooo...sukanya bukan kepalang...kekadang sampai tak telarat nak menjawab petanyaan dorang....(terabai sikit pembelajaran ku).

..ada sorang mamat ni..jiwang sikitla...ayat memang manis...aku pon cayaq(cair) tp takla sampai jadi lilin.....suka buat kelakar then aku pon suka tanya macam2...sampai satu masa tu dia kata malas da chat ni..kita sembang dalam phone plak...katanya nak dengar suara merdu aku..hee hampeh betul la lelaki ni...aku lg hampeh , kasi no phon plak..gatai betoi !

mula-mula ok, lepas 2, 3 kali cakap pon ok lagi...mula la si gadis pemalu ni tertarik dengan perwatakan dia..lepas tu dia rasa cm boleh ON je...mula dah!..cakap pon kona-kona...double triple meaning.....cakap mnggoda, cerita pasal seks..., lama jugak aku tak layan panggilan dia...konon insaf taknak buat lagi cakap kotor-kotor..adeh!cmner termakan pujuk plak aku ni..mudah sangat percaya kata-kata lelaki.

pendekkan cerita...dah berani ajak aku outing, tengok wayang ...dia kata crita apa pon takpa (mamat penang tu) janji dpt tengok wayang dgn aku. Bodoh betui aku masa tu.. ikutkan saja...tp tajuk dah lupa ,citer dalam gelap2 cmtu la...

*suspen* !!!

mulalah GARPU dia merayap ke tengkok aku...dan sebelum sampai ke kawasan NO ENTRI, cepat-cepat aku lari keluar panggung..........wuuuu seramnya kat GARPU tu...
(korang tahu kan apa masalahnya...).

STOP!..aku dah melupakannya sehingga BEN memulakan segmen ini...

Nasihat Untuk Lelaki
kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama, kalau berdua pasti ada yang ketiga....jangan la berani-berani sangat...ingat korang pon akan ada anak suatu hari nanti, kalau mandul sekali pon mungkin adik beradik korang akan juga akan terima macam mana yang korang dah lakukan terhadap wanita yang kena naya tu.
...ingatlah , Tuhan Nampak !...maruah seorang wanita kena jaga...jangan ingat nak syok saja! pikir sendiri !
telajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan terkutuk BERDOSA BESAR ! kena sebat..kena sula..merana kau! (ni bukan nasihat dah..geram nih). 

Siri Jelajahanku (Tips menangkap nyamuk..!)

wei !...rumah sapa yang kena ambush...KLIK SINI.

Emmm..sedapnya !


...Wah aku ni selalu sangat berharap...ape tidaknya tunggu ole-ole CH dari blogger tu tak sampai-sampai..aku beli je lah yang lain, tapi still terasa nak makan strawberi segar dari ladang...terbaik tu! memang banyak khasiatnya..

memang jadi rezeki aku..tup-tup bila kat opis ada staf baru balik bercuti dari CH bawak ni..yuhu!

nilah rezeki namanya..naseb tak kempunan  aku...strawberi fresh dari ladang!


..banyak vitamin C ni...woooh..puas aku belasah sarapan dengan buah ni je...
untuk 2,3 biji yang last tu aku makan airnya saja sebab aku pernah dengar ada yang kata hampasnya bole gosok pada gigi ....untuk apa? *mudah terpengaruh*

dah tentu untuk memutihkan..tak kan nak merah pulak !

masuk washroom cepat-cepat...takut ada orang tengok , malu la aku.

psst.. kalau korang  terpengaruh bole la cuba ...nanti leh buat iklan gigi selalu.

Siri Jelajahanku (Jus CinTA ...I like)

...Tahu tapi tak pernah cuba...

ape tu ?? jom tengok kat SINI.

jus cinta ..bukan untuk org yg bercinta sahaja..KLIK.

Selesa tanpa wanita !

ANUAR ZAIN

Diterjah dengan persoalan hati, penyanyi lagu Ketulusan Hati ini menganggap persoalan tersebut merupakan persoalan yang wajib dijawabnya setiap kali diwawancara.



“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh.

Sebagai figura yang sememangnya digilai peminat, dia tidak mengelak ketika diajukan soalan klise itu.

Dengan nada tenang, dia memberitahu pada usia yang kini menjangkau umur 40 tahun dia tidak terlalu memikirkan soal itu.

Menurutnya, dia sudah selesa hidup bersendiri dengan apa yang dilaluinya kini tanpa kehadiran wanita.

“Dulu memang saya ada rasa untuk berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sempurna, tapi bila usia dah menjangkau 40 tahun, saya sudah rasa sebaliknya.

“Jika ditanya tentang sunyi, saya tidak pernah berasa sendirian kerana saya dikelilingi anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang sering bersama saya.

“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh.

Di usia begini, Anuar memberitahu dia lebih menumpukan perhatian kepada muzik dan kerjayanya. Malah pertambahan usia membuatkannya lebih matang.

Bercerita tentang pencapaian, Anuar mengakui dia lebih senang menjalankan kerjanya sebagai seorang penyanyi berbanding bidang lakonan. Dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan, dia mahu bidang nyanyian ini benar-benar memberi kepuasan padanya.

“Saya lebih suka memberi perhatian pada satu bidang sahaja. Walaupun dulu saya pernah cuba untuk berlakon tetapi saya rasa tidak sesuai dengan jiwa saya.

“Berlakon adalah kerja seseorang pelakon biarlah mereka yang pakar dalam bidang itu yang melakukannya.

“Begitu juga dengan menghasilkan lagu. Saya ada juga cuba-cuba membuat lagu dan lirik, tapi bila saya bandingkan dengan lagu komposer lain, lagu mereka jauh lebih sedap dan saya akan ambil lagu mereka untuk dinyanyikan berbanding lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.

>sumber : mStar Online

16 Januari 2011

Tangan Bertuah Cik Nico

salam...hari minggu ni hujan plak..nak pegi jalan-jalan pon malas,
tapi kat sini rajin plak...join sekali kalau korang nak dapatkan apa yang bertuah pada tangan cik Nico.


KLIK kat sini  untuk mengetahui syarat2 yang mudah dari penganjur.
Dinaz nak promo kat blogger lain yang baca n3 ini , anda pon dialu-alukan untuk memeriahkannya.
Aku tag yang ini sama :
1) Nur Afiqka
2) Gadis Kampung
3) Izwahasnan

Jom join !

Siri Jelajahanku (Ahad Yang Seksi)

"sunday pakai skirt ke?"


Jom kita klik kat SINI...tengok !
Blog Seng Ragel

Irwansyah Kini Suami Zaskia Sungkar

sumber : mStar online Ahad Januari 16, 2011

PENYANYI popular Indonesia, Irwansyah, 25, (gambar) telah bernikah dengan Zaskia Sungkar, 21, di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta Selatan, Sabtu.

Zaskia yang memakai kebaya putih menerima mas kawin daripada Irwansyah sebanyak Rp 15,001.011 dan menandatangani surat nikah.

"Kami bersyukur kepada Tuhan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi saya berasa gementar sedikit semasa upacara akad nikah tadi kerana bimbang salah sebut," kata Irwansyah selepas sah bergelar suami Zaskia, menurut detikhot.com.

Tidak seperti pasangan lain, mereka memilih lagu yang dinyanyikan bersama-sama sebagai hadiah perkahwinan. Lagu tersebut akan dilancarkan selepas majlis resepsi mereka pada Mac tahun ini.

Pasangan itu dijangka akan mengerjakan umrah ke Mekah sekaligus memilihnya sebagai destinasi bulan madu dan tidak menolak untuk mempunyai anak dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Irwansyah pernah bercinta dengan penyanyi Acha Septriasa namun hubungan itu gagal.


Psst..dulu-dulu aku minat dia ni, korang??

15 Januari 2011

Siri Jelajahanku (Mata anda)

"Bersyukurlah....kita masih lagi dikurniakan penglihatan......Tak seperti ada rakan kita yang tak bernasib baik.So..Tengoklah benda2 yang baik-baik...ingatlah,


Sapa rasa-rasa ada masalah mata cm Dinaz,

Jom test mata kat SINI..

Abah_Izz

PraGiveaway Bangku Kosong




Pra Giveaway ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama untuk follower yang BUKAN dari senarai 500 followers terawal; Kedua adalah buat SEMUA yang menjadi follower blog ini.
Syarat:
  1. Terbuka kepada semua yang menjadi follower Bangku Kosong KECUALI 500 followers terawal.
  2. Letakkan Bangku Kosong (http://hasrulhassan.blogspot.com) ke dalam bloglist.
  • Option-Boleh ambil badge PraGiveaway ini untuk tujuan promo ke dalam entri blog anda/sidebar. Link ke entri ini.
Setelah syarat di atas dipenuhi, tinggalkan link blog/entri blog di ruangan komen.

Untuk keterangan lanjut daripada penganjur , sila KLIK .

Dinaz dah join...anda bagaimana??

Segak Begaya bersama PM.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kiri) bersama pemain skuad Harimau Malaya (dari kiri) Ketua Pasukan, Mohd Shafiq Rahim, Penjaga Gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Penyerang, Mohd Safee Sali pada majlis ramah mesra meraikan juara Piala AFF Suzuki 2010 itu di kediamannya di Kompleks Sri Perdana.

Psst...aku suka dia...suka nengok dia main bola sepak...lebih-lebih lagi yang kanan sekali tu..
steady Safi Sali ...jadi ke tak ke Bandung ni???

emmm Rm45 ribu sebulan tu..banyak!!

Rabecca Nur Islam Selamat Diijabkabulkan.

kredit : mstar.com.my

AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).

p/s : semoga kekal bahagia sepanjang hayat.

14 Januari 2011

PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com


..Sebelum jam 23:59 ek!..14/Jan/2011..okeh aku sempat lagi nih..
Kalau korang nak pon sempat lagi..jom la join :

http://sw33tdarling.com/give-away/give-away/

Aku pilih theme yang aku rasa sangat shukeeer, cantikkk dan sesuai dengan blog awak ia itu LADY GREEN, aku dah pon undi tadi ..awal2 lagi..

Pilihanku ..untuk blog mu..

..kalau diikutkan pada pandangan mata aku lah..BODY tu..memang matap..fit n ngam lah !
warna theme plak..COOL jer...aduuuh memang green n clean gitu..WOW!

Aku nak korang ni join sama ya. :.
1) Dayna 
2) Farah

3) Penghulu

p/s : bukan sengaja dilewat-lewatkan penyertaan ni...IKHLAS!

salam.

Sengaja ke tak..tak tahu la !

itu doktor chek mata ke chek muka aku !!

...."Saya minum jus pegaga , ibu saya kata banyak khasiat....mana da bintik kat muka ni...mata saya yang merah la Doc !!!".

" awak kena banyak berehat dan minum lebih air ..tidur kurang ni..tengok kulit muka pon dah nampak kecut "

*Owh tidak ..tak dapat mc*

pssst...doc pelatih..encem gak..!

Siri Jelajahanku (Aku Tak Suka Lelaki...macam ni)



".... ketahuilah kaum Adam, pompuan yang diminati dan yang diberi harapan itu sangat perit menanggung sakit sekiranya perbuatan mu itu terbongkar di saat hati mereka berbunga setelah baja yang kau tabur bercambah..."....ikuti kisah selanjutnya (KLIK)

                                                                             Mis Fyda

Sakit Sebelah Mata...


Assalamualaikum pe khabar?...

Dinaz kurang sihat la...bila bagun tidur je subuh tadi ...mata cm kabur je..tak terasa gatal tapi kebiasaannya kena gosok sikit nak menghilangkan sisa di tepi-tepi mata ni..
...masuk dalam bilik air , tengok pada mata ...aik! dah nampak merah la....tapi sebelah je.

Apa yang aku tahu melalui pembacaan sebelum ni...sakit mata ni ada berkaitan dengan hati kita...mulalah aku fikir yang bukan-bukan..hee sapalah yang menyakitkan hati aku semalam ni..

Bangun tidur mata rasa cm kabur pandangan , tu tandanya hati kita dalam proses penyemimbangan hati...
d'why lepas bangun takde rasa sakit hati ke atau sebaliknya.


ahhh.....legakan dengan eyemo dulu...iklan dr google.

...dah sampai ke tempat keja dah ni...maknanya aku keja juga lah hari ni tapi lebih bergaya sikit dengan spek hitam...

Aku nak tengok sapa kat opis ni yang nak amik berat tentang aku ..or bertanya something yang tak kena pada penampilan aku hari ni??

ok then , see u..

13 Januari 2011

Aku mahu topup FREE !!

Waalaikum salam kepada penganjur contest ini..


Siapa yang bertuah akan medapat :

Hadiah Utama - Topup RM20
Hadiah Kedua - Topup RM10
Hadiah Ketiga - Topup RM5

Sila Klik LAGI untuk keterangan lanjut.

aku nak korang ni juga jadi blogger bertuah :

http://sayang-syariza09.blogspot.com/

http://www.pupel.blogspot.com/

http://moonrahdin.blogspot.com/

Jom Join ...Assalamualaikum..

Siri Jelajahanku (Roti KebuloQ)


...kalau dah mengidam macam-macam ni...susahla , Sayangkan anak begitulah caranya...kalau sayangkan isteri tak tahulah macam mana gayanya..

ikuti kisah selanjutnya di SINI...




nampak menyelerakan tapi..apa yang KEBULOQ sangat tu..

Segera Tukar Hobi Hujung Minggu..

...dari minat memancing ikan, denak burung dan sebagainya.. apa kata kita tukar hobi kita buat sementara waktu..mana tahu boleh jadi kaya..

Tokek digilai pemburu haram
>Kosmo 13/1/2011



KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

12 Januari 2011

Makluman Tentang Siri Jelajahanku


Salam kepada blogger yang dihormati..

Untuk makluman, sebelum ni Dinaz telah jelejah blog ke blog untuk mengenali dan dikenali :P, boleh dikatakan hampir setiap hari lah...syok juga bila kita punya banyak waktu yang terluang, tapi tak selalu lah kan..
..rasanya ada bagusnya Dinaz mengenegahkan apa yang perlu untuk di kongsikan kepada blogger lain melalui entri Siri Jelajahanku ini.

Ianya  lebih kepada entri Dinaz di mana ia tidak memerlukan sebarang syarat, Dinaz singgah ke mana-mana blog yang sedia membuka ruang untuk dilawati...sudah tentu tidak memerlukan sebarang permit atau waran untuk geledah korang punya blog. Yang mana terpaut , itu yang menjadi pegisian entri seterusnya.

.

feedback yang baguss tu...cayalah PCL and others commentator..

Korang follower ke tidak dinaz tak kesah, janji terjah dan jelajah!

Siri ini akan bersiaran dari 12 tengahari ke atas..InsyaAllah setiap hari.
sudah bersiaran 2 entri sebelum ini.

Tunggu kehadiran Dinz..akan dimaklumkan....cewah cm buat konsert plak.:P

p/s : P@kcikLie..is't clear.

Siri Jelajahanku ( Pantai Di Putrajaya)


Syoknya kalau boleh main pasir di pantai...masalahnya kat area Klang tak bersih sangat..bila jelajah blog ini baru aku tahu ada pantai di sana..



Dah puas aku tinjau, tapi tak jumpa2 juga. Tu la org kata "malu bertanya sesat jalan"

psst..dekat je Klang dengan Putrajaya..tu pon aku tak sampai lagi ke tempat ni....

"Jom tgk aksi dorang yg tergedik sopan di pantai" (klik)

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..

Arkib Blog