Diterjah dengan persoalan hati, penyanyi lagu Ketulusan Hati ini menganggap persoalan tersebut merupakan persoalan yang wajib dijawabnya setiap kali diwawancara.
“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh. |
Sebagai figura yang sememangnya digilai peminat, dia tidak mengelak ketika diajukan soalan klise itu.
Dengan nada tenang, dia memberitahu pada usia yang kini menjangkau umur 40 tahun dia tidak terlalu memikirkan soal itu.
Menurutnya, dia sudah selesa hidup bersendiri dengan apa yang dilaluinya kini tanpa kehadiran wanita.
“Dulu memang saya ada rasa untuk berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sempurna, tapi bila usia dah menjangkau 40 tahun, saya sudah rasa sebaliknya.
“Jika ditanya tentang sunyi, saya tidak pernah berasa sendirian kerana saya dikelilingi anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang sering bersama saya.
“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh.
Di usia begini, Anuar memberitahu dia lebih menumpukan perhatian kepada muzik dan kerjayanya. Malah pertambahan usia membuatkannya lebih matang.
Bercerita tentang pencapaian, Anuar mengakui dia lebih senang menjalankan kerjanya sebagai seorang penyanyi berbanding bidang lakonan. Dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan, dia mahu bidang nyanyian ini benar-benar memberi kepuasan padanya.
“Saya lebih suka memberi perhatian pada satu bidang sahaja. Walaupun dulu saya pernah cuba untuk berlakon tetapi saya rasa tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Berlakon adalah kerja seseorang pelakon biarlah mereka yang pakar dalam bidang itu yang melakukannya.
“Begitu juga dengan menghasilkan lagu. Saya ada juga cuba-cuba membuat lagu dan lirik, tapi bila saya bandingkan dengan lagu komposer lain, lagu mereka jauh lebih sedap dan saya akan ambil lagu mereka untuk dinyanyikan berbanding lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.
>sumber : mStar Online
0 ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih...Dinaz sedia mengunjung balas ke blog link anda secepat mungkin InsyaAllah...hepi hepi selalu.