Kata-kata hikmah ini dinaz dapat dari Pakcik Scribd dan ia merupakan koleksi eksklusif puan Mazni bin Othman. Yang pahit jadikan kopi, yang manis jadikan halwa. Sekadar berkongsi. Moga bermanfaat!
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatnya muda selalu, dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan (guarantee). Yang ada hanya peluang (opportunity)."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
Read more: http://mutalibattholib.blogspot.com/#ixzz1IAgumWZB
Memaparkan catatan dengan label dinaz suka sharing.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinaz suka sharing.. Papar semua catatan
07 April 2011
14 Mac 2011
Jom Meriahkan (segmen blogger) ape2 jer la.
Assalamualaikum....
Dinaz nak buat pengmuman di sini...
kepada blogger yang ada segmen GiveAway, LuckyDraw , kontes dan seumpamanya, boleh la maklumkan kepada dinaz.....mungkin kita dapat join untuk memeriahkannya lagi di samping menambah kenalan blog...
e eh cm dinaz banyak masa terluang la plak kan!!...ade masa yang bersesuaian kita support je mana yang patut...
lapangkan la masa untuk jemput dinaz menyertai segmen korang di sini :
17 Februari 2011
Apa yang kita tahu dan patut buat...
Assalamualaikum readers...
...just Dinaz fowardkan apa yang Dinaz nampak beberapa hari lepas dalam mailbox..
ternyata memang ada berlaku dan pengakuan telah dibuat oleh rakan kita ni..
Produk Gula-Gula: Clorets
Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.
Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.
Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.
Mulai hari, sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.
Ini adalah bukti yang benar:
Psst..aku cuma pernah beli clorets yang pack kaler hijau tu je suatu ketika dulu kat 7E..tatau menda langsung , main belasah je ....tapi dalam casing cantik tu mahal sikit ...xmo la aku....tak sedap mana pon rasanya.....
lebih baik jangan beli langsung produk ni kalau dah tau muslihat dorang !
p/s : Berhati-hati ketika membeli .
15 Februari 2011
Sup spesel..banyak khasiatnya (part 2)
Salam..okeh kita sambung citer semalam tu..
korang bole baca citer sebelum ni (part 1).
emmh ! kebetulan pagi tadi ibu ke pasar dan ayah pesan belikan kaki ayam..katanya sedap makan sup kat umah makcik Rosnah tu...
owh! rupanya ayah nak makan sup lagi...mungkin kerana khasiatnya tu..
aku baru je google tentang khasiat sup kaki ayam...layan kejap ye, amik sikit pengetahuan dan menyagkal tentang tanggapan segelintir mereka yang geli dengan sup kaki ayam.
Kaki Ayam dan Khasiatnya, KOLAGENNYA BISA JADI OBAT (klik)
| ni lah yang dikatakan ceker ayam..kata orang Jawa. |
![]() |
| kalau dah jadi sup memang sedap dan banyak khasiatnya. |
.tamat.
14 Februari 2011
Ciuman Pertama dan Terakhir Baginya
Huh!...gila dasattt couple ni...
Sesaat setelah ciuman, kelopak matanya terkulai, mulutnya berbusa, lalu jatuh ke lantai.
Ciuman pertama biasanya menjadi momen paling mendebarkan sekaligus membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini justru membuatnya meninggal.
Jemma menghembuskan napas terakhirnya beberapa menit setelah berciuman dengan sang pacar, Daniel Ross, 21. Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis asal Treforest, Pontypridd, South Wales.
ikuti kisah selanjutnya di sini (klik)
12 Februari 2011
5 Sebab Pembaca Mula Meninggalkan Blog kita...
Salam...
Pepagi ni memang best kalau berjogging atas katil...apelah kan, aku ni semakin malas untuk mengeluarkan peluh dan mendapatkan sumber vitamin'C' di luar !
...rasanya sesekali takpe kot, recover waktu malam nanti.
Okay lah , sebenarnay Dinaz nak share sikit dengan readers tentang apa yang aku dapat semasa 'berjogging' tadi..
Berkunjung ke blog Kulanz aku tertarik dengan post ini :
5 Sebab Pembaca Mula Meninggalkan Blog Anda
Blog tidak update dalam jangka masa yang lama
Lebih Kuantiti Berbanding Kualiti
Tidak berinteraksi dengan pembaca dan blogger lain
Malas untuk berkunjung ke blog lain
Eksploitasi secara berlebihan
korang juga boleh klik link tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar dari pengalaman Kulanz berblog selama ini.
okeh..baru leh mandi...cau..
17 Januari 2011
Selesa tanpa wanita !
ANUAR ZAIN
Diterjah dengan persoalan hati, penyanyi lagu Ketulusan Hati ini menganggap persoalan tersebut merupakan persoalan yang wajib dijawabnya setiap kali diwawancara.
Sebagai figura yang sememangnya digilai peminat, dia tidak mengelak ketika diajukan soalan klise itu.
Dengan nada tenang, dia memberitahu pada usia yang kini menjangkau umur 40 tahun dia tidak terlalu memikirkan soal itu.
Menurutnya, dia sudah selesa hidup bersendiri dengan apa yang dilaluinya kini tanpa kehadiran wanita.
“Dulu memang saya ada rasa untuk berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sempurna, tapi bila usia dah menjangkau 40 tahun, saya sudah rasa sebaliknya.
“Jika ditanya tentang sunyi, saya tidak pernah berasa sendirian kerana saya dikelilingi anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang sering bersama saya.
“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh.
Di usia begini, Anuar memberitahu dia lebih menumpukan perhatian kepada muzik dan kerjayanya. Malah pertambahan usia membuatkannya lebih matang.
Bercerita tentang pencapaian, Anuar mengakui dia lebih senang menjalankan kerjanya sebagai seorang penyanyi berbanding bidang lakonan. Dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan, dia mahu bidang nyanyian ini benar-benar memberi kepuasan padanya.
“Saya lebih suka memberi perhatian pada satu bidang sahaja. Walaupun dulu saya pernah cuba untuk berlakon tetapi saya rasa tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Berlakon adalah kerja seseorang pelakon biarlah mereka yang pakar dalam bidang itu yang melakukannya.
“Begitu juga dengan menghasilkan lagu. Saya ada juga cuba-cuba membuat lagu dan lirik, tapi bila saya bandingkan dengan lagu komposer lain, lagu mereka jauh lebih sedap dan saya akan ambil lagu mereka untuk dinyanyikan berbanding lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.
>sumber : mStar Online
Diterjah dengan persoalan hati, penyanyi lagu Ketulusan Hati ini menganggap persoalan tersebut merupakan persoalan yang wajib dijawabnya setiap kali diwawancara.
![]() |
| “Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh. |
Sebagai figura yang sememangnya digilai peminat, dia tidak mengelak ketika diajukan soalan klise itu.
Dengan nada tenang, dia memberitahu pada usia yang kini menjangkau umur 40 tahun dia tidak terlalu memikirkan soal itu.
Menurutnya, dia sudah selesa hidup bersendiri dengan apa yang dilaluinya kini tanpa kehadiran wanita.
“Dulu memang saya ada rasa untuk berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sempurna, tapi bila usia dah menjangkau 40 tahun, saya sudah rasa sebaliknya.
“Jika ditanya tentang sunyi, saya tidak pernah berasa sendirian kerana saya dikelilingi anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang sering bersama saya.
“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” ujarnya berseloroh.
Di usia begini, Anuar memberitahu dia lebih menumpukan perhatian kepada muzik dan kerjayanya. Malah pertambahan usia membuatkannya lebih matang.
Bercerita tentang pencapaian, Anuar mengakui dia lebih senang menjalankan kerjanya sebagai seorang penyanyi berbanding bidang lakonan. Dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan, dia mahu bidang nyanyian ini benar-benar memberi kepuasan padanya.
“Saya lebih suka memberi perhatian pada satu bidang sahaja. Walaupun dulu saya pernah cuba untuk berlakon tetapi saya rasa tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Berlakon adalah kerja seseorang pelakon biarlah mereka yang pakar dalam bidang itu yang melakukannya.
“Begitu juga dengan menghasilkan lagu. Saya ada juga cuba-cuba membuat lagu dan lirik, tapi bila saya bandingkan dengan lagu komposer lain, lagu mereka jauh lebih sedap dan saya akan ambil lagu mereka untuk dinyanyikan berbanding lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.
>sumber : mStar Online
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
BAru nak bermesra dengan blog..xder benda nak share..aku bantai jer join apa yang patut... Aku Copy dari SINI . Giveaway ini penganju...
-
Salam...malam-malam cmni kan ape nak buat ehh! penat blogwalking...penat kan ! berpeloh ke jari jemari menekan button keybord tu?... Aku ...
-
sumber : mStar online Ahad Januari 16, 2011 PENYANYI popular Indonesia, Irwansyah, 25, (gambar) telah bernikah dengan Zaskia Sungkar, 21, ...
-
Assaamualaikum WBT..salam ceria hari Jumaat. Makluman kepada mereka yang sudah menjadi follower dan ingin menjadi follower seterusnya , ...
-
nombor kuda pon bole tau kat sini kot..(google) ... rasanya kita boleh dapatkannya bila kita membeli belah di kedai atau pasaraya denga...










