klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

21 September 2011

Menyebarkan link jemputan Segmen : Blackrosehunter's 1st Giveaway

 BAru nak bermesra dengan blog..xder benda nak share..aku bantai jer join apa yang patut...

Aku Copy  dari SINI.


Giveaway ini penganjur menggunakan punchtab. Punchtab ini sudah banyak digunakan di luar negara namun di Malaysia masih baru. Sekarang ini blogger otai makin banyak menggunakannya. Mudah je kalau nak join..

Silakan ke LINK INI. dan jangan lupa turut serta..okay!

Hadiah yang akan anda dapat jika berjaya :

1x Domain ( .com/.net/.org ) percuma
1x RM10 topup untuk telco (celcom/maxis/digi)


semoga berjaya..ok!

15 Jun 2011

22 Mei 2011

Aku Juga Pernah Begitu....!



Assalamualaikum......sahabat blogger apa khabar ??

...Dinaz keluar 'bertapa'...macam fresh rasanya...huhu , untungynya ada yang menyedarkan aku dari lemas dengan arus dunia yang semakin mencabar ini...Alhamdulillah.

Apa yang aku sesalkan adalah....sesuatu yang pernah aku lakukan seketika dulu....

"Aku Pernah Begitu.....", mungkin anda juga...(baca seterusnya..tapi maaf jika ada yang terasa..sekadar berkongsi apa yang aku dapat dari Fb seseorang...terima kasih kepada pengarangnya).



13 ALASAN TIPIKAL WANITA YG TIDAK MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Tidakkah kau tahu??Setiap Muslim mmng dipastikan pd akhirnya akan masuk SYURGA tapi tidak ada yg menjamin sebegitu mudah kau lulus sebelum melewati NERAKA..setelah diHISAB...masayaallah,Rasulullah saw. bersabda,
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."..Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

p/s:kawan2..same2 kita renungkan.Selagi kita bernafas di muka bumi illahi ni,selagi itulah kita perlu berusaha utk menjadi yang terindah yukk:)terindah di mata Allah..berkejar2 ke syurga Illahi..Jgn kita bebankan bahu ayah,suami dn adik@abg..Perubahan itukan disukai Allah...
Wallahu a’lam bishshawab wAssalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,..

28 April 2011

MUHASABAH....

kenapa tak MUHASARAWAK .....grrr !!!

..okeh2 serius2 ni...

banyak diperkatakan tentang muhasabah diri....apa sebenarnya pengertian muhasabah itu sendiri..
kekadang sedap je mulut menyebutnya...tak kurang juga cm dinaz ni...baru ja nak mengenali lebih dekat lagi kepada sesuatu yang bolh mendatangkan kebaikkan pada diri untuk bekalan ke akhirat nanati.

jom kita share sikit...

Muhasabah berasal dari kata hasibah yang artinya menghisab atau menghitung. Dalam penggunaan katanya, muhasabah diidentitikan dengan menilai diri sendiri atau mengevaluasi, atau introspeksi diri.

dalam melakukan muhasabah, seorang muslim menilai dirinya, apakah dirinya lebih banyak berbuat baik ataukah lebih banyak berbuat kesalahan dalam kehidupan sehari-harinya. Dia mesti objektif melakukan penilaiannya dengan menggunakan Al Qur’an dan Sunnah sebagai dasar penilaiannya bukan berdasarkan keinginan diri sendiri.

Oleh karena itu melakukan muhasabah atau introspeksi diri merupakan perkara yang sangat penting untuk menilai apakah amal perbuatannya sudah sesuai dengan ketentuan Allah. Tanpa introspeksi, jiwa manusia tidak akan menjadi baik.

pelan-pelan kita berubah ke arah kebaikkan.

pssst..ada juga orang di dunia ni, hari ni dah berubah jadi baik, esok ...tup2 berubah jadi tak baik plak..lusa jadi baik balik...ahaha..mcm2 perangai la...

siapalah kita nak menentukan kebaikkan orang lain...cermin diri sendiri dulu..cantik/hensem ke tak !!! (lari tajuk dah ni...)
okey cau cincau..salam.


22 April 2011

Yahooo.com...esok cuti , Sapa Pulak Yang Cari PASAL ni !



Assalamualaikum...

Yahhooooo...macam bebudak sekolah la pulak kite ni yer.....ehh bukan korang..aku la sebenarnya , excited sangat...

Keja..keja..sampai tak terlarat nak buat ...tulah masa study sibuk nak keja...ni ha masa keja teringat plak nak belaja....

kalau buat kedua-duanya dalam satu masa .........emmh dah penah merasakannya...perit teramat sangat!..dunia...dunia semua ni...

OOooooOOoo...sapa yang cari pasal ni...lama juga aku tak tengok blog ni..rupanya ada yang baik hati cari pasal dengan aku....(mamaDiana saja cari pasal...huhu)


http://mamadianasajacaripasal.blogspot.com/2011/04/segmen-jom-berkenalan.html

erk! memang baik hati sangat blogger ni....DAN beliau telah TAG aku untuk kenal2 katanya...

18 April 2011

Aku Dah MALAS...titik.

..alahai kenapa kau tetiba je datang dalam mimpi moon...

dah lama kau 'mati' dalam hidupku...

kenapa?...kenapa....merayu2 plak tu..

kau pernah bagi aku harapan ..lepas tu kau biarkan saja...

then selang beberapa minggu tak contact...kau hadiahkan aku berbaris lirik lagu ni...

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku ...

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan

katanya untuk aku menilai sesuatu yang indah...



entah lah....tak pandai aku

psst...lepas demam ni cm lain plak rasanya...



13 April 2011

Kejap ok kejap lagi tak ok...

..hee tapi belom kO lagi tau...huhu sedihnya....
mana sumer org kat rumah ni ni,..aku kesunyian..naseb la ade kengkawan maya...terhibur jugak..

nak makan bubur moi pon kena wat sendiri..kecian kan....

arr tu kau dinaz, den dah koba layi..jangan..jangan..ko nak ikut juga mancing dgn geng laki..hu , nak ikut layi tak ni??...

tah bahasa daerah mana aku type ni....org demam camtu lah ..suka merapu....

omak oiii...balikla copat ni hah...den kesojukan nih...

sob2 :P...

pssst ....ape la orang tu..calling2 kita pon tak....

Thanks pada Gdiss Kepastian....sudi menemani ku..lap u !


cute girl...



11 April 2011

Apa yang ko dapat Dinaz ???

Alhamdulillah , aku ade lagi kat sini..no Tsunami2 ye...jahat la PCL..kasi oarng takut je.......... Aku cumanya keletihan sikit je, rasa lenguh2 badan ni...

ehh , korang suka tak dengar aku citer pasal mancing ni...eeeiii! cam orang lelaki je kan aku ni...hahah , tak pe janji aku happy..

aku sebenar dah amik 1/2day awal2 lg..aku tau la....mesti liat nak bangun pagi kalau nak start keja on Monday...mood cuti konon...

tu la kan orang kasi cuti, dok berehat2 kat rumah ..ni tidak...pegi mancing!...Gedikzs!

"Apa yang ko dapat Dinaz...." bff sms aku pepagi tadi, mungkin dia tak perasan aku dah mintak masuk lewat hari ni....



"aku dapat pengalaman CASTING fishing rod! ..tu jer...ikan Boleh la ada sikit ! ahaha...

melecet sikit tapak tangan takpe....

sunburn sikit takper...alahai kalau guna sunblock pon cm tak berkesan dek terik mentari tu....

yang penting kami enjoyed !

Syukur semuanya selamat kembali ke daratan dan bawa balik  sikit  ikan kecik2 je ...bole la buat lauk...yg lain lelong kat nelayan sana...

08 April 2011

Jom Mancing !

"kalau kail panjang sejengkal...beli la yang panjang sikit" (nazmi rajaLawak)



memancig bersama buah hati ...esok.! emmm....dah lama aku inginkan saat itu..rindunya...


alahai...bukan gedikzs lagi ni ..cepat2 nak keluar opis..sebabnya nak beli apa2 yang patut nak buat bekal pegi memancing dengan 'buah hatiku'....

dah lama mengidamkannya...biar hitam berpanas namun kepuasan adalah bagi diriku....

korang punya plan ape untuk esok n lusa....merendek erk???


jangan...jangan tau....tak baik, kalau nak berpacaran pon cari la tempat yang terang...bawak mak ayah sekali ....

bajet bagus plak dinaz ni...



dapat ke tak bawa balik ikan ke tak kesah.....

p/s : ayah jgn tinggal daku...

07 April 2011

Simpati kerana kau BF ku...


"Aiyoooo..kat luar sana hali manyak gelap wooo...macam mana mau balik ni.."

ini adalah statment yang dibuat oleh rakan se pejabat ku...

aiyak! mau kasi tumpag sama dia ka....aku balik arah utara dia arah selatan..macam mana ni???

"mau tunggu solang2 sini manyak takoot wooo..."

aku sudah rasa simpati kat dia....dia ni my best fren...mesti mau tolong kan!



my BF

okay kita stay sini...mau tido sini pon okay..aku berseloroh...

baru la nampak gigi sikit...*senyum amoi meleret gitu..sweet sangat..i like*.

Kata- Kata Hikmah .

Kata-kata hikmah ini dinaz dapat dari Pakcik Scribd dan ia merupakan koleksi eksklusif puan Mazni bin Othman. Yang pahit jadikan kopi, yang manis jadikan halwa. Sekadar berkongsi. Moga bermanfaat!


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatnya muda selalu, dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan (guarantee). Yang ada hanya peluang (opportunity)."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


Read more: http://mutalibattholib.blogspot.com/#ixzz1IAgumWZB

06 April 2011

Jom Ngular kat pantry jap...!

Assalamualaikum..salam ceria pagi Rabu....

Alhamdulillah ramai yg suka dinaz kembali ceria...klau korang suka , dinaz sejuta kali sukakannya....huhuu..baru nampak muda remaja selalu...dah macam kebudak-budakan plak ni....tersengih tah hape2..

ehh dah sarap ke ..makan pe pagi ni?  dinaz makan kat rumah je..pepagi td bangun awal tak nak jogging dah..penat lak rasanya...n sebab lain nya nak buatkan nasi lemak untuk bekalkan pada ibu , ayah ,n budak kechik tu...termasuk la dinaz sekali.

asyik ibu je yang masak sarapan utk ktorg...malu ar!

Selalu aku lah orang yang pertama puji masakan ibu, tapi hari ni...aku dpt bonus pujian dari semua oramg dalam rumah ....huhuhu sapa tak syok bila kena puji...lagi2 orang lelaki cam ayah dinaz tu...susah sangat nak memuji...ibu pon cakap cm tu.

pagi ni dengan bangganya aku bawa bekal lebih sikit..nak letak kat pantry, alang2 dah kena puji tu....tp takde la nk harap pujian dari kengkawan opis...saja dah niat nk buat kenduri nasi lemak..cm tulah!

dah inform dorang td....huhu by email plak tu..."Jom Ngular kat pantry jap!"...haa tu masej aku kt email kengkawan terpilih..join the group....jap lg siap la dorang serbu !!

neway, aku buat ni adalah untuk merapatkan lg silaturrahim antara staf2 yg ada kat sini espesli yg wanita .

sesekali berkumpul sblm buat keja masing2....ngular la dulu jap ye...heeeee.

05 April 2011

Tenggelam timbul ni ..apehal?...miss u all

...hai..hai..Assalamualaikum semuanya...
aku rindu padamu..aku rindu anis, aku rindu kina...aku rindu bloggers yang setia....cuma aku jer kurreng setia..hehehe maklumla asyik takde mood je...kenapa..mengapa ..aku sendiri pon tak tau jawapannya..
maafkan daku wahai blogger sekalian.

okay..lepas ni aku akan aktif kembali...aktifkan hariku dengan dunia blogging ni...wuhuooo!...dah betul2 fit ni...hari2 jogging seawal pagi..dan sebelah malam pegi berenang....kesihatan terus jaga, tapi hati kengkawan blogger pon kena jaga jugak kan..

Alhamdulillah , bila kita sakit..baru kita dapat menilai kesilapan yg lalu..terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku wlaupon sedikit baru kesedaran ini..aku semakin menghampiri MU ya ALLAH.

setiap kesakitan itu penghapus dosa2 kecil lampau kita...

korang ceria, aku pon turut merasakannya...taknak da sedih2 dah...nanti sakit lain pulak yg menimpa, bukan sakit yg diminta tapi kesedaran untuk berubah ke arah kebaikkan ...itulah kebesaranNYA.

Syukur Alhamdulillah.

30 Mac 2011

Kembali Ceria...Dinaz.

Assalamualaikum....

Alhamdulilah aku dah kembali ke tempat keja hari ni dengan langkah ceria sikit..dah diberikan m/c oleh dokter, aku gunakan dengan sepenuhnya berehat dirumah tercinta...

huhu alangkah tak selesanya bila badan rasa lenguh-lenguh, batuk dan sakit tekak..
aku redha...aku mengerti dalam keadaan sihat ni lah kita kena hargai apa yang telah dikurniakanNYa...

Terima kasih kepada rakan blogger dan rakan sekerja yang sentiasa perihatin , bertanya khabar dan tak dilupai ayah ibu serta adik ku , melayan karenah ku semasa aku perlukan bantuan kamu semua.

tak nak serius sangat....yang penting semuanya dah okay.

akan bersiaran seperti biasa...insyaAllah.




27 Mac 2011

Aku tak sihat !!



Assalamualaikum...

kepada pemenang utama dan peserta bertuah yang telah berjaya memenangi hadiah untuk 1st GA dinaz..diharapkan anda semua telah menerima hadiah masing-masing dengan rasa puas hati ...

Dinaz terasa kurang sihat sejak kebelakangan ini mungkin terlalu keletihan dgn kerja dan kursus ...

doakan dinaz cepat sembuh dan aktif seperti sebelum ini..

demam, sakit tekak dan batuk2 melanda diri ku...

alhamdulillah..aku redha segala ujian ke atas diri ku ini.

25 Mac 2011

Pengumuman PEMENANG 1st GA Teka Teki.



Assalamualaikum WBT.


Sukacitanya ingin saya maklumkan di sini bahawa segala pemilihan para pemenang adalah dilakukan oleh diri dinaz sendiri, tiada sebarang dorongan dari pihak luar dan juga rakan blogger. Sudah dimuktamadkan..sebarang bantahan selepas ini tidak akan dilayan.


PEMENANG 1st Diaumaininaz GA Teka Teki adalah seperti berikut :




Hadiah Utama berupa wang tunai Rm50.00 untuk satu (1) pemenang dimenangi oleh : 

http://hanisbieber.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
Pesanan : Pemenang hadiah utama, sila emailkan nombor akaun anda kepada dinazon9@yahoo.com seberapa segera.

Juga lima (5) hadiah saguhati berupa topup Rm5.00 kepada peserta yang bertuah dipilih secara rawak (semua peserta yang bertanding terlibat).


Mereka yang bertuah itu adalah seperti berikut :

1)http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 1:26 PM) (KLIK)


2)http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininiaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 3:21 PM) (KLIK)


3)http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 12:55 AM) (KLIK)


4)http://buahpauhmangostan.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 12:58 PM) (KLIK)

5)http://alakadarsaje.blogspot.com/2011/03/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(15 Mac 2011 3:38 PM) (KLIK)

Pesanan : Kepada para pemenang bertuah , Sila email kan butiran nombor maxis/digi/celcom anda kepada dinazon9@yahoo.com seberapa segera.
 
Alhamdulillah segalanya sudah selesai dan keputusan secara rasminya telah diumumkan...
Terima kasih daripada saya untuk anda semua yang memberikan sokongan, yang turut serta secara langsung atau tidak segalanya amat dihargai.


mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak Diaumaininaz Blog.


Salam n Blogging Mau Ikhlas.

Halooo.....Jom sama2 kita belajar...



Salam...sementara menunggu keputusan Pemenang 1st GA....yang akan publish pada jam 3.00 PM nanti...jom kita klik sumber tersebut. (KLIK)

Cara Menghafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik... (",)

24 Mac 2011

Pengumuman JAWAPAN 1st GA Teka Teki.



Assalamualaikum WBT...kepada semua readers diharap ceria selalu okay !

..kat sini dinaz dah bersedia nak umumkan jawapan pada pantun teka-teki dalam 1st GA dinaz hari tu...maaf sekali lagi di atas kelewatan yang tak disengajakan ..orait!

Kita street to the point ....

Soalan berupa pantun :
Cedok Kuah Gulai Nangka,
Cedok Dari Dalam Mangkuk,
Anda Bertuah Tidak Kusangka..
Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok.

..terus kepada jawapannya ialah : U . D . A. N. G (tak kira spesis apa..sama je)
..kenapa dinaz kasi jawapan tu...okay dinaz beri penjelasan sikit kat sini biar semua peserta puas hati :

Penekanan hendak lah kepada point soalan "Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok" bukannya "Bengkok"...mungkin agak mengelirukan tapi itu lah jawapan yang ada di sini. (MUKTAMAD).

Berikut adalah peserta yang menjawab dengan betul, kesemua akan dinilai dan pemenang bertuah akan diistiharkan pada ESOK (25/3/2011) petang.

http://gegaramasinlah.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://supermansayaterbang.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
http://zaiikulim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://buahpauhmangostan.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://faraaaahalim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininiaz-teka-teki.html
http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://hanisbieber.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki_23.html
http://cikguceloteh.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html

Sekian.

23 Mac 2011

Dinaz Dapat Hadiah...dari MOSCOW.

Assalamualaikum WBT...

Salam ceria kepada blogger semua...maafkan hamba tak bersua di sini sekian lama...
Aduhai..memang memenatkan bila kita sibuk dengan kursus wajib bagi kakitangan Kerajaan ni kan..
Bagi sapa-sapa yang dah kena tu tau la macam mana kan...

Aku ni baru jer sampai kat opis..semalam baru balik berkursus selama 4 hari di Port Dickson..1/2day hari ni sebab tak larat sangat...ikut kan hati maunyer esok jer aku masuk opis...

Staf opis saje je nak kenakan aku ..kata dorang ada urgent meeting , wajib hadir...uhhh! memang la dorang ni selalu buli aku..

TETAPI..sebagai balasan penat lelah aku ke opis tanpa rela hati..aku dapat satu parcel...wow! memang ditunggu-tunggu kehadirannya...


...datangnya dari Special GiveAway From Moscow (KLIK)





emmh..bertuahkan dinaz ni....Terima Kasih banyak2 kepada Kak Nor. I love You so much ! he he sukaaaa sangat.
Sebenarnya parcel ni dah samapai kat atas meja dinaz dua hari lepas lagi....sorry lambat reply pada tuan punya GA (kat sini je la kan..biar sumer orang tau!!).

pssst....kepada peserta 1st GA Dinaz , harap bersabar, anda paham dengan kesibukan saya...Terima Kasih (lagi 2 hari keluar keputusannya..insyaAllah)

babye..nk menerai baju baru...

20 Mac 2011

TAMAT : 1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki.



Salam semua...


Dengan ini saya mengumumkan bahawa segmen GA ini telah samapai ke hari penamatnya. Terima Kasih kepada yang memeriahkannya , semoga anda berjaya...


Tunggu pengumuman dari saya sedikit masa lagi...selalu lah berkunjung untuk mengikuti perkembangan dan keputusannya nanti.


Assalamualaikum !

1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki.

INI ADALAH STICKY POST (scroll page untuk baca entri terbaru !)


Assalamualaikum kepada readers blog ini semoga anda ceria selalu..
Ini adalah pertama GA dari Dinaz...semoga sukses ya..



Soalan berupa pantun :
Cedok Kuah Gulai Nangka,
Cedok Dari Dalam Mangkuk,
Anda Bertuah Tidak Kusangka..
Teka Binatang Banyak Kaki Badannya Bongkok.

Syarat-syarat penyertaan :

1. Anda mesti mempunyai blog sendiri.
2. Anda dijemput menjadi follower Diaumaininaz Blog (tiada paksaan)
3. Post satu entri tentang  giveaway ini di dalam blog anda dengan tajuk "1st GIVEAWAY Diaumaininaz - Teka Teki" dan letakkan baner di atas berserta  link terus ke blog ini.
4. Salin soalan dan letakkan jawapan anda di bawahnya mengikut kreativiti masing-masing(tak semestinya jawap dengan pantun) .Jika terdapat sama jawapan antara peserta, ia akan diadili mengikut kreativiti jawapan anda oleh saya.
5.Tag 4 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
6.Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini supaya senang saya buat lawatan.

Giveaway ini berakhir pada 20 Mac 2011 12.00pm

Hadiah berupa wang tunai Rm50.00 untuk satu (1) pemenang terus ke bank anda dan lima (5) hadiah saguhati berupa topup Rm5.00 kepada peserta yang bertuah dipilih secara rawak. 


Sekian Terima Kasih..."Blogging Mau Ikhlas".
.

14 Mac 2011

Al-Fatihah Buat Abah Izz



Salam...pasti ada di antara korang yang lebih dahulu maklum tentang kepergian Allahyarham Mohd Nasir Bin Ismail atau lebih dikenali di kalangan blogger sebagai abbah_izz.


Saya ingin meghebahkan lagi bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada sesiapa saja yang membaca entri ini .


Sebanyak mana yang kita mampu sedekahkan ...teruskanlah , mudah-mudahan mendapat rahmat dan insyaAllah arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang beiman...Aamin.


rujukan : p@kciklie

Jom Meriahkan (segmen blogger) ape2 jer la.



Assalamualaikum....

Dinaz nak buat pengmuman di sini...

kepada blogger yang ada segmen GiveAway, LuckyDraw , kontes dan seumpamanya, boleh la maklumkan kepada dinaz.....mungkin kita dapat join untuk memeriahkannya lagi di samping menambah kenalan blog...

e eh cm dinaz banyak masa terluang la plak kan!!...ade masa yang bersesuaian kita support je mana yang patut...

lapangkan la masa untuk jemput dinaz menyertai segmen korang di sini :

13 Mac 2011

Jalan-jalan hujung minggu




Salam...ape korang buat tu...aik! dok kat umah jer...
...hepi-hepi la sikit , jejalan kat luar cari angin di persekitaran lain...ubah mood sikit..

aku kat Ikea...woo ramainyer orang..duyun-duyun serbu...emmh ade sales la pe lagi...parking pon tah ke mana , jauh sana nun....

ekceli bukan nak beli apa pon , cuma nak temankan ibu jer...kalau dok kat rumah tatau ape nak buat kan...haaa ade jualan buku murah sangat ... ibu da lepas ke dalam aku rehat-rehat sambil post entri kat sini...hingar bingar..keadaan tak tenteram langsung....

sempat menyesakkan lagi keadaan , aku beli sebuah buku...best jugak ni...
"Semanis Tart Ceri" oleh Maslina Ngadiman...tak habis baca lagi...baru belek-belek jer...harap ia memenuhi citarasa pembacaan ku hari ini...

Salam jumpa lagi...

11 Mac 2011

Luangkan Masa Untuk Relaks...

Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan orang yang sentiasa bercermat bukan bermakna dia akan menjadi kedekut...

tidak bermakna kita tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan kita, luangkan masa untuk relaks dan bergembira (sebab kita hanya hidup sekali!). Malah ia lebih penting apabila kita mempunyai 'duit yang sedikit'. Tanpa keseronokan, sukar untuk hidup sihat...janganlah menambahkan tensi dengan sikap kita yang membengis dan murung sentiasa bila bersama keluarga tersayang...

bergembira di sini ada batasnya..jangan pula sampai melalaikan tanggungjawab kita kepada Allah.

..hargai mereka untuk kebahagian bersama...

elok lah kan esok pon hari cuti bagi yang bekerja dan kanak-kanak sekolah pon dah mula bercuti penggal persekolahan....jadi rancanglah sebaik-baiknya moga dapat dimanfaatkan untuk kebahagian bersama.

kalau tak tau nak kemana-mana , keluar depan rumah pon jadilah ..tengok matahari terbit ke terbenam ke..kan best suasana cmtu....atau malam sikit tengok bintang dilangit sambil berborak dengan ibu , ayah n adik....

haaaa...biase buat cmtu kan...kalau tak , kena cubalah baru tau cmner ....


okay babye..salam dari dinaz...

10 Mac 2011

Dia..Umai..Ninaz..(Dinaz)


Diaumaininaz merupakan nama saya yang sebenar-benarnya mengikut 'IC blogger bukan warganegara', ada yang panggil saya Dia,Umai,Nina,Ninaz dan Dinaz...disebalik tu ada kisah-kisahnya..

mau tahu selanjutnya....
gambar hiasan je ni....

...sebenarnya saya tak suka bergambar...amik gambar orang dan benda-benda lain yang berkaitan dengan keindahan alam..itu memang jadi kesukaan..

Bila bercakap, mesti mau tanya jika ada sebarang kemusykilan...jangan rimas dengan saya bila anda dekat dengan saya (takper belum penah jumpa pon!!)

Dia...panggilan oleh rakan-rakan sekolah rendah dulu.., mungkin masa tu ramai yang ada nickname Dia, ada artis nama cmtu kot, taktaulah suka-suka jer panggil nama Dia..confuse la...well dah ramai yang melupakan nama tu..

Umai...atok n opah jer suka nama ni..taulah kat mana yang bestnya...nak kata nama makanan Sarawak pn bole jg..tu pon baru tau jer dari teman sekolej dari sana.

Nina..haaa ni pangilan manja kat umah, ayah n ibu memang selalu guna panggilan ni..
saya pn sukaaa tapi di rumah saja...

Ninaz...tu kekadang mereka yang tersasul..espesli kawan-kawan ibu, haha biar je lah asalkan dorang bahagia..huhu.

Dinaz...nick name yang melekat sekarang ni, thats why blogger pon aku guna nama nie...aku lebih selesa .

namun Diaumaininaz tetap diutamakan dan menjadi nama kepada blog kesayangan ku.

...di sini aku bermula dan  mengenali anda di alam siber..

hanya segelintir yang tahu...........Siapa Dia dalam keadaan sebenarnya...Syshh!!!

Dulunya aku boros!!



Satu per satu hikmah dari Allah yang semakin menyedarkan aku...alhamdulillah, mungkin pada anda ini adalah satu perkara biasa saja...

Dulunya...takde la lama sangat pon, bulan2 lepas je...aku pemboros 'kaki shopping'.
biasak la kan , orang muda yang belum dapat hidayah...heee.

nak beli apa pon tak perlu fikir panjang, fikir seronok jer...malas aku nak citer panjang pasal keaiban diri sendiri..tapi cukup sekadar aku katakan kehidupan aku agak tersasar sedikit masa tu..

Sekarang aku cuba hidup dengan cara 'duit yang sedikit'...kurangkan perbelajaan harian semampu mungkin..tanya pada diri sebelum membeli sesuatu..

adakah betul-betul diperlukan ??

compare price especially barangan penjagaan diri...pasal barang makanan tu rasanya tak jauh beza...lebih kurang takpe.

> makan tengahari ni aku tapaw jer dari rumah...erk amcam ok tak ? korang pon sama jugak kan!...tapi ni menu spesel punyer...'nasi hitam'..ibu Dinaz yang baik hati buatkan untuk breakfast merangkap lunch...jimat cermat !

budak kecik (adik ) yang cakap nasi hitam , i polo je..



kat SINI ada info tentang 'nasi hitam' ni...silakan klik.

pssst..makan nasi hitam.... jangan hati juga turut 'hitam'...sentiasa mencari keredaanNya.

Salam...babye.
"Blogging Mau Ikhlas"...Dinaz.

Semak je lah!



Assalamualaikum, hai readers...

kat mana tu JPJ ke??...bayar saman ek!....bagus la langsaikan sebelum kena blacklisted.., hari ni lastday nak clearkan saman kalau ade la...

heee Dinaz pon baru terhegeh2 hantar sms , baru je dapat reply..dah confirm takde saman yang perlu dijelaskan...alhamdulillah.

50% diskaun tau...masih sempat lagi kepada dorang yang tak sempat dan mungkin terlupa ke...bole semak melaui sms ni :

Untuk semak saman trafik menerusi sms, korang taip: POLIS SAMAN [No. K/P atau No Pendaftaran Kenderaan] [email] dan sms ke 32728.Pastikan korang letak alamat e-mail dalam sms tu, kalau tak rugi 50 sen sebab dorang reply mintak alamat e-mail.

saje nak ingat kan....babye!

09 Mac 2011

Hina Ke Habiskan Makanan Dalam Pinggan???



Salam...hai semua..

.. memang ada orang kan, diorang tu takleh nak habiskan makanan. bagi dia, habiskan makanan tu hina...ni ada kawan yang cerita. hhuu betul ke ni...

tapi dah selalu juga nampak , hari ni je jadi baik sikit nak share kat sini..hemph!

serius ! 1st time dengar cmni.. hina ni.. huhu.. nape, nampak cam pelahap sangat ke? dah nama pun beli banyak tu, habiskan je la tak.. macam2 la orang dalam dunia..

patut diorang yang beli kena fikir dulu larat ke nak makan.. ni banyak juga tengok orang tak larat makan, last2 tinggal.. sayang betul..

huh! sayangnya ...membazir betul la mamat tu..


Kita yang beragama Islam ni kena ikut le apa yang agama kita ajarkan. Islam sebagai cara hidup, bukan sahaja dari segi adap makan, tapi melengkapi seluruh aspek kehidupan.

Ramai yang tunjuk pada kaum hawa...segan nak habiskan makanan bila makan ramai-ramai atau di majlis tertentu...malu lah kononnya tu , nanti orang cakap die tu pelahap !!! tapi dalam kes ni ..lelaki punya keja tau..

kekadang tu dah jadi cm adat la plak....tinggalkan sikit jangan sampai nampak licin pinggan tu...
ni kira makan habis tapi tak habis betul2..apakah?

pasal jamuan kat hotel bagi yang korporat.. aku  pernah join satu kursus protokol tuk majlis2 rasmi.. peraturan dalam majlis adalah tak boleh makan sampai habis, kena tinggal gak.. so, kadang2 tak faham gak sebab  sampai ada yang ajar mcm tu.. kononnya nak jaga adab makan dalam majlis rasmi...kira adab 'Mat Saleh'  la kot...kita jangan terikut sangat...agama kita tak ajar membazir kan!.

Kesimpulannya , sikap tidak membazir tu perlu ada pada diri...tak kira siapa,  lelaki atau perempuan...selagi dia manusia punya akal...bole je fikir yang mana baik buruknya.

P/s : nasihat untuk diri sendiri dan juga keluarga .

08 Mac 2011

Thank You Allah !



...ada yang memuji tak kurang juga menyindir..
memuji kerana perubahan drastik terhadap diri ini..
menyindir kerana mereka kurang yakin dengan apa yang aku lakukan ini..

yang pasti , aku tetap bersyukur dengan rahmatNya....
Selagi niat ini tetap dijalan yang benar aku akan tetap mempertahankannya , bukan sekadar untuk meyakinkan mereka yang memandang..tetapi yakin kepada diri ini menerima perubahan ke arah kebaikan dalam hidupku.

Semoga hidayah ini terus bersamaku dan menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapinya.

Thank You Allah...Syukur!

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah


Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya


Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah


Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
>pantun seloka dari sumber internet.

"Blogging Mau Ikhlas"..Salam.

07 Mac 2011

Blogger abah_izz dalam ICU



Salam..

Sekadar makluman kepada readers semua...Dinaz baru dapat info terbaru tentang seorang rakan blogger iaitu abah_izz @ Nasir Ismail sekarang ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.


http://izzukasyahfamily.blogspot.com
sumber : P@kciklie

..menurut abang kandungnya yang juga dikenali sebagai blogger P@kcikLie memberitahu, adiknya kini dalam keadaan kritikal. Maklumat lanjut tentang penyakit yang sedang dihadapi juga adalah kurang jelas kerana menurut doktor pakar ENT yang merawat, ianya masih lagi dalam penyiasatan. Keadaan menjadi bertambah serius kerana telah mengakibatkan saraf dibahagian otak beliau.(dah seminggu beliau terlantar tanpa sedarkan diri di unit ICU).

Harapan dari keluarga beliau agar kita sama-sama berdoa semoga keadaan semakin bertambah baik dan sembuh seperti biasa.


p/s : Hanya doa dan harapan kita pohon kepada Allah. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan dari Nya. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yang direncanakan Nya.

Sinar Baru Dalam Hidupku.



Syukur Alhamdulillah , Dinaz masih di sini...terasa hati untuk mencoretkan lagi dengan nada baru dan penampilan yang boleh menenanagkan perasaan jiwa yang selama ini agak tersasar.

2 minggu aku disibukkan dengan kursus dan tugas hakiki, namun di dalam kesibukkan itu ada hikmah di sebaliknya, membawa akan ketenagan dalam meneruskan liku-liku hidup sebagai muslimah di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tiada perasaan bermegah di sini, cuma apa yang nak disampaikan adalah..sinar baru dalam diriku telah muncul. Harapan moga berkekalan sehingga ke hujung nyawa...

InsyaAllah akan diperbanyakkkan lagi ilmu dalam jiwa ini dari hari ke hari..

03 Mac 2011

Huh! bestnyer...



salam..lama kita tak bersua di sini...

kekadang tu masa memang tak pernah cukup..kan!...entahlah kenapa aku teramat sibuk sangat..
biarlah itu masalah guwe....tak pelu diceritakan semuanya di sini.

Dalam saat kebingungan plus stress dengan kerja , ada juga yang menggembirkan aku...
haha ni dier..



dapat hadiah dari My Name Is Nor   sempena GA yang dianjurkan oleh beliau...
huh! best nyer....belum sampai ke tangan aku lagi dah terasa keseronokkannya...

okayla tu..time orang lain menang aku tak tau cmner dorang rasa...so sekarang aku dah tau.

Thanks Kak Nor..tak sabar tunggu hadiah dari Moscow tu.

psst...2nd time menang hadiah GA tau !.

26 Februari 2011

Update Peserta Kelompok Kedua 1st GA Diaumaininaz.


Assalamualaikum readers....salam pagi Sabtu n ceria selalu....update peserta seterusnya adalah seperti berikut :

12. http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 12:55 AM)

13. http://haycontest.blogspot.com/2011/02/giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 9:09 AM)

14. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 11:16 AM)

15. http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininiaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 3:21 PM)

16. http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 4:10 PM)

17. http://hanisbieber.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(23 Februari 2011 11:17 PM)

18. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki_23.html
(24 Februari 2011 1:23 AM)

19. ttp://mamaadam09.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(24 Februari 2011 5:04 PM)

20. http://cikguceloteh.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(25 Februari 2011 6:17 PM)

Semoga anda berjaya..terima kasih atas kesudian memeriahkan Ga dari Dinaz yang pertama kali ni....

(p/s : link blog anda yang terlibat berada dalam blog list)

22 Februari 2011

Update Peserta Kelompok Terawal 1st GA Diaumaininaz.


Assalamualaikum...

Hai..korang sedang memerah otak ke?...jangan tunggu lama-lama kalau dah ada jawapannya..
Berikut adalah para peserta yang terawal setakat ini...
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan 1st GA dari saya...mana tahu tuah anda menang di sini (KLIK)?

1)http://gegaramasinlah.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 12:03 AM)

2)http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 10:27 AM)

3)http://supermansayaterbang.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 10:57 AM)

4)http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 1:26 PM)

5)http://zaiikulim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 4:07 PM)

6)http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(21 Februari 2011 6:49 PM)

7)http://husna-una.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 12:54 PM)

8)http://buahpauhmangostan.blogspot.com/2011/02/1st-ga-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 12:58 PM)

9)http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 1:49 PM)

10)http://faraaaahalim.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 2:28 PM)

11)http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-diaumaininaz-teka-teki.html
(22 Februari 2011 8:41 PM)

Terima Kasih atas kesudian anda !
(Saya akan masukkan link blog anda ke dalam blog list saya sebagai tanda penghargaan atas sokongan tersebut).

21 Februari 2011

Sentap !



Assalamualaikum...

Pembaca blog dinaz yang dihormati...terima kasih kerana sudi menyinggah sini selalu..
Hari ni dinaz tersibuk sikit..kena pegi buat keja luar kawasan..out station la tu...
baru balik je jam 7 petang tadi...terasa ingin sangat blogging waktu rehat tghari tapi tak berkesempatan...

Jap lagi dinaz BW n promo pasal GA pertama tu...korang yang da join tu tima kasih banyak2..yang belum tu maybe tengah dok pikir2 nak jawap pe kan?..takper teruskan .moga malam ni ada idea...ada juga yang tawu jawapnnya tapi saja nak bagi chance orang lain...emmh bagusnya tapi apa salahnya join sekali..anyway terima kasih lagi sekali kerana bagi support...jasa korang tetap dikenang...jangan lupa dinaz bila buat GA/kontes!..yang dah tag dinaz tu , insyaAllah tunggu dinaz akan join nanti.

KL punya trafik memang mencabar (dinaz nyer blogtrafik ..ciput je)...cilok sana cilok sini fuhh dasat! yang lebih menakutkan mat-mat motor...memang tak sayang nyawa betulla dorang ni...mungkin dorang ni kelewatan nak masuk keja agaknya atau memang sengaja buat cmtu...
tapi kalau dah lewat ..kena keluar awal2 la sikit, takde la terburu2 bawak motor tu...
Kalau korang (mat rempit) tak sayangkan nyawa korang..takpe tapi Tolonglah sayangkan nyawa pengguna jalan raya yang lain sama.

Aku tersentap jap!..cm takut plak nak drive sorang2 esok ni...bukannya pe masa balik tadi ni...
Syukur alhamdulillah naseb baik dinaz tak terlibat dalam xcident tu...depan mata dinaz tau!
motosikal langgar belakang keta dekat lampu isyarat merah.

kalau tak...tak tau lah.

syukur..syukur Ahamdulillah.

psst..minta tolong driver ofis drive lah esok ni...boleh kot agaknya.

20 Februari 2011

Apa nak buat 'dia'..?



..tegahari cenggini apa nak buat...tak keja duduk rumah je kan..dah cuci keta??...erk hujan,takpe cuci jer.. jangan hantar kedai car wash je tau...membazir duit, buatla sendiri...baru ada satu kepuasan yang mengatakan kita sebagai tuan yang baik dan perihatin kepada harta kesayangan kita tu..

..bazir tenaga sikit takpe ada jugak berbaloinya...bole exercise kan!

dah cuci elok2 , simpan...esok baru jalan2 pegi keja la plak, jangan korang lanyak plak nanti....kasi la 'dia' rehat sama.

google , keta kaler pink yg tak mungkin aku miliki..takmo ..cute tp aku tak suka!!

19 Februari 2011

1st GIVEAWAY Sayangku Faish.



Salam...hai.hai..

pe korang buat...aku?..buat GA la...opps! JOIN GA la...jom lah kiter..jangan malu2 ah!! KLIK je link kat bawah baner penganjur bawah ni.

http://faish5807.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-sayangku-faish.html



Dinaz ajak blogger ni sama join (tag) :juneaina

ok .."Blogging mau ikhlas"

18 Februari 2011

Janji kita!! Happy!!



Lebih baik cinta daripada benci
           Lebih baik setia dari iri hati
                        Menyanyi dan menari sesuka hati......


                                      Janji kita!! Happy!!

1st GIVEAWAY : 'BLACK' BAGI DIRI MU



Salam n Selamat petang semua reader blog ni..sementara menunggu kawan pickup ke kelas malam ni,
rasanya sempat lagi aku join GA yang dianjurkan oleh noremy's worlds (KLIK)..jangan buang masa okay !

http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-black-bagi-diri-mu.html

..berkenaan dengan 'BLACK' sebagai tema GA ini...ada sedikit bersangkutan dengan diriku...
korang pon tahukan aku ni antara peminat kepada Juara Mentor3 tu..., aku ada buat satu entri berkenaan lagu yang dinyanyikan oleh Black (KLIK entri sini) . selain tu warna hitam juga adalah warna kegemaran aku bila ke pejabat..hitam itu menawan kan!...adakah mybf nanti ada di kalangan 'black'..but not 'black metal' u...haha .

okay la kot...jadik la kan!..so kepada korang yang ingin memeriahkan GA ni sila segerakan ye..jangan bertangguh ok....klik je kat link bawah banner tu nak tahu syarat-syaratnya.

cau...upps!.anda  ditag : 1. Nina , Hanisbieber , Ria

Efek Warna Merah...



ada bagus ada tidaknya...

bagusnya boleh menarik perhatian pelanggan kalau restoran cm KFC, PizzaHut dan macam-macam lagi lah...

mesti ada warna merah kan!


Warna merah ini akan membangkitkan emosi mulai dari perasaan hangat dan nyaman sampai perasaan marah dan permusuhan...(harap tidak terjadi kepada blogger yg mengekalkan warna ini)

menurut kajian kesan warna ke atas psikologi manusia, warna merah dipercayai dapat membuatkan kita berasa lapar...korang tak caya cuba pandang warna merah then perut terus akan berkeroncong...erk! tu bunyi cacing dalam perut kepanasan..heeee..

Dinaz taknak memanipulasi korang yang menyinggah di sini , sebab tu dah takde warna merah pada background header n entri kali ni ..kat sini tak disediakan sajian makanan berbayar maupon free..hahaha cuma ada entrin n widget untuk ditatap.

aku pon taknak korang datang dengan imej berkaca mata hitam...nanti semua tak nampak apa yang aku taip..

so, jalan yang paling mudah adalah...hilangkan warna merah di sini...

Psst...Merah yang cerah, memberi kesan hangat yang kuat bahkan dapat memicu emosi. Merah biasanya diasosiasikan dengan cinta, kehangatan, dan kenyamanan. Merah juga dianggap sebagai simbol kegairahan hidup, atau bahkan marah, warna yang membuat perasaan kegembiraan..itu kata mereka dari perbagai sumber internet.

apa pula kata anda?

Acara Pecah Lemak !



.. Selalunya malam Jumaat Kleewon korang wat pe...aku cakap tgh malam la..halamak salah tanya la plak..maap la ye bagi yang dah ber laki/bini tu...bukan maksudnya itu...apela korang ni! bikin malu ini compeny saja...

aku suka panaskan badan...masuk dalam 'kelambu', duduk dalam sejam ke..fuh ! bila keluar tu..rasa segar je...walaupon kurang lemak tapi saja nak biasakan dan nak jadikan rutin , tak leh selalu nanti kang kecut habis !..kering kontang takde sapa yang nak pulak...

aduhai baru la sedap nak lena...

inilah caraku ...bersauna di tengah malam.

Selamat malam semua..babai ...

17 Februari 2011

Siri Jelajahanku (Semuanya Kerana FB)





Siapakah Gerangannya si Gadis ini (KLIK)


"Semuanya kerana FB. Kerana FB, rumahtangga kucar kacir. Kerana FB cinta lama bertemu kembali, dan kerana FB juga ada maruah yang tergadai. Tapi, makin hari makin ramai yang click kat sign-up FB tu".



Terima Kasih Diana, dari sana aku melompat...

100 Bloggers Diperlukan



Rasanya dah lebih..sungguh mendapat sambutan..memang dah lebih sangat pon dari apa yang pengajur minta...tapi boleh lagi..

apa kata owner (Yiedpozi [Dot] Com): " Walaupun dah lebih 100 orang yang join, anda masih berpeluang untuk join.."





Apa yang perlu korang buat ialah

1. Buat satu post yang bertajuk '100 Bloggers Diperlukan'
2. Pasang widget blogwalking di blog korang. Masuk sini dan klik button "Add To Your Blog/Install" untuk pasang widget ni.
3. Submit permalink post di ruangan komen entri ni

Itu jer...Sempoi !

SAYA PUNYAI 500 - 1000 FOLLOWERS.



http://www.benashaari.com/2011/02/segmen-saya-punyai-500-1000-follower.html

Join jangan tak join..tutup malam ni kata bro BEN

Apa yang kita tahu dan patut buat...



Assalamualaikum readers...

...just Dinaz fowardkan apa yang Dinaz nampak beberapa hari lepas dalam mailbox..
ternyata memang ada berlaku dan pengakuan telah dibuat oleh rakan kita ni..

Produk Gula-Gula: Clorets


Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.


Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.


Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.


Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.


Mulai hari, sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.


Ini adalah bukti yang benar:











Psst..aku cuma pernah beli clorets yang pack kaler hijau tu je suatu ketika dulu kat 7E..tatau menda langsung , main belasah je ....tapi dalam casing cantik tu mahal sikit ...xmo la aku....tak sedap mana pon rasanya.....
lebih baik jangan beli langsung produk ni kalau dah tau muslihat dorang !

p/s : Berhati-hati ketika membeli .

Anak Halal Watie - Angelina




lagi gambar-gambar Angelina boleh klik sini

aku ketinggalan keretapi la..jauh da , well.. tak penting sangat pon...tapi nak share jugak.....siang tadi tak sempat busy banget!!

dah baca kisah selanjutnya kat sini jugak. (klik)

16 Februari 2011

Suka Sangat macam ni...


"Saya Lebih Suka Jika Anda Klik Ads Dan Maklumkan Tentangnya" dinaz
Salam...selamat petang..agak mengantuk ye...maklumlah cuaca di luar panas terik dan bagi yang keja dalam ofis tu...cm aku lah senang cite...layu dan kuyu je mata ni
menahan gayutan syaitan....hehe cm lah aku ni tengah berzikir sangat !

okay just nak support to each others.., kalau tak menyusahkan korang sudikan lah klik-klik n just inform me..anda sudah lakukannya supaya dinaz juga boleh berbuat demikian untuk blog anda.

bukan kerana tamak, tapi sebenarnya dinaz suka benda (ads by...) ini menyemak (muncul)
di halaman blog dinaz selalu...kekadang tu nampak cantik plak !

bagaimana dengan anda ???

ok tak ni..(3 Ads muncul di sini pagi tadi) !



Ads muncul di sini juga pagi tadi..
ok. cau. Tq singgah di sini.

"Blogging Mau Ikhlas"

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..

Arkib Blog