klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

07 Mac 2011

Blogger abah_izz dalam ICU



Salam..

Sekadar makluman kepada readers semua...Dinaz baru dapat info terbaru tentang seorang rakan blogger iaitu abah_izz @ Nasir Ismail sekarang ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.


http://izzukasyahfamily.blogspot.com
sumber : P@kciklie

..menurut abang kandungnya yang juga dikenali sebagai blogger P@kcikLie memberitahu, adiknya kini dalam keadaan kritikal. Maklumat lanjut tentang penyakit yang sedang dihadapi juga adalah kurang jelas kerana menurut doktor pakar ENT yang merawat, ianya masih lagi dalam penyiasatan. Keadaan menjadi bertambah serius kerana telah mengakibatkan saraf dibahagian otak beliau.(dah seminggu beliau terlantar tanpa sedarkan diri di unit ICU).

Harapan dari keluarga beliau agar kita sama-sama berdoa semoga keadaan semakin bertambah baik dan sembuh seperti biasa.


p/s : Hanya doa dan harapan kita pohon kepada Allah. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan dari Nya. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yang direncanakan Nya.

6 ulasan:

  1. moga keluarga beliau tabah hadapi segala cubaan dan ujian yg ditentukan..efa doakan moga ia selamat dan sembuh moga2 insyaallah amin

    BalasPadam
  2. lah..baru tahu.patutlah lama menyepi..

    BalasPadam
  3. doa yang terbaik...semoga cepat sembuh dan dia tabah melawn penyakitnya, buat keluarga beliau bersabarlah semoga rahmat Allah sentiasa bersama...

    BalasPadam
  4. ASSALAMUALAIKUM..

    patut la beliau lama tak blogging..sy doakan semoga beliau cepat sembuh...

    BalasPadam
  5. kina pun dOakan agar adik PCL akan sembuh dari penyakitnya.

    BalasPadam
  6. semoga beliau sembuh dan ketahui sakitnye...

    BalasPadam

Terima Kasih...Dinaz sedia mengunjung balas ke blog link anda secepat mungkin InsyaAllah...hepi hepi selalu.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..