klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

13 Januari 2011

Segera Tukar Hobi Hujung Minggu..

...dari minat memancing ikan, denak burung dan sebagainya.. apa kata kita tukar hobi kita buat sementara waktu..mana tahu boleh jadi kaya..

Tokek digilai pemburu haram
>Kosmo 13/1/2011



KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

4 ulasan:

  1. errkk,tgk pun dah geli..kalau nak pelihara kena upah org plak hehehe

    BalasPadam
  2. tankap tokek buat umpan pancing haruan...mesti mari ni...lepas tu ikan harun akan naik harga sebab makan tokek yg penuh berkhasiat !
    ..kalau dah minat susah nak tukar2..

    BalasPadam
  3. kina dgr tOkek nie susah nak dapat dan susah nak jaga. kalau kita terkena air liur dia..ia blh membawa maut.

    kina dgr org citer...huhuhuhu

    BalasPadam
  4. cicak ni dah la susah nak jaga,mkan pom kena berpantang,suker menggigit plak tu...macam2 la orang kiter nih

    BalasPadam

Terima Kasih...Dinaz sedia mengunjung balas ke blog link anda secepat mungkin InsyaAllah...hepi hepi selalu.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..

Arkib Blog