klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

21 Januari 2011

Tentang Thaipusam...teringat zaman nakal dulu..

Sebelum tu...kenali apa itu Thaipusam,

1 MALAYSIA... kena amik tahu jugak !


sumber dari wikipedia :

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.


Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

gambar hiasan..(google).

nakal

....Orang kata hantu dan syaitan takut bila dengar ayat-ayat suci Quraan, tu apa yang aku paham masa aku darjah 6 lah...,  sampai masanya aku nak test....maklumlah orang pandai berlagu , belajar dengan atok (bekas Qari).

..masa tu *ingat lagi*...ada satu jalan dekat Sungai Petani...kalau tak salah area Pekan Lama...*memang lama dah tak pegi sana*...on de way ke pekan dari rumah atok , ktorang tersekat ...jalan jem! , ada orang Hindu angkat kavadi...gila ramai, siap cucuk-cucuk lagi..

...bukak tingkap keta Datsun 120y atok...aku dan Iman, my cousin melagukan Ayat surah Qursi dengan kuat dan tak sedap didengar...haha melompat atok aku terkejut.....korang tahu apa terjadi !!

 '
 '
 ''
 '
 '
 '
 '

dorang yang angkat kavadi tu..tak jadi apa-apa pon, entahlah rasanya bacaan ktorg tak betul kot !







ni yang ktorg dapat !!


emmph ! senyum je bila terkenangkan kisah kenakalan ku......
la..la..la...la.. heee.

3 ulasan:

  1. eee...takut3 nak tengok semua tu,ngeri sangat.

    BalasPadam
  2. hi..hi ,kena hormat gak kat agama lain..

    lagi satu..kena baca ayat AlQuran dgn betul...

    BalasPadam

Terima Kasih...Dinaz sedia mengunjung balas ke blog link anda secepat mungkin InsyaAllah...hepi hepi selalu.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..

Arkib Blog