klik2 dan beritahu saya..

EXCHANGE LINK

02 Februari 2011

Kenapa Aku Suka Aktiviti Ini.


BERENANG.


Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang kita ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa kita...Ingat! sesetengah tempat berlaku banjir sekarang ni..hati-hati ek.

Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 kali seminggu dan kawal pemakanan.Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. Kenapa kita tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.

Tak tahu berenang boleh belajar...banyak tempat atau kemudahan disediakan...daftar je kat kelas renang, perkhidmatan terbaik telah tersedia baik untuk lelaki, wanita muslimah,keluarga dan juga kanak-kanak...tak campur-campur tau,tapi yang pastinya bukan belajar renang dengan Dinaz okay!


Korang boleh survey sendiri lah ye..aku malas nak promo kat sini...tunggu aku bukak kelas renang sendiri la nanti.*berangan tak sudah !*

Fakta tentang renang:

* Menggunakan hampir kesemua kumpulan otot utama, jantung dan paru-paru
* Membina kekuatan dan ketahanan otot dan memperbaiki postur dan kelenturan tubuh
* Bermanfaat kepada golongan yang mempunyai berat badan berlebihan, ibu hamil dan golongan yang 
   bermasalah di bahagian kaki dan belakang
* Sukan yang baik bagi semua golongan umur
* Memberikan manfaat aerobik seakan-akan berlari
* Tidak memberi tekanan pada tisu seperti berlari, aerobik dan sukan angkat berat
* Sukan yang paling selamat daripada kecederaan


Senaman renang dapat membantu:

* Mengekalkan berat badan yang ideal
* Memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja
* Memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan
* Mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
* Memberi kerehatan dan tidur yang lena
* Melicinkan peredaran darah dan pernafasan
* Memperbaiki penampilan diri anda

....Jomlah kita berenang-renang ketepian.

okay bye..see you (matai masho)

8 ulasan:

  1. assalamualaikum..bagus berenang nie..nabi kita sendiri menganjurkan agar umatnya belajar berenang..banyak kebaikannya

    BalasPadam
  2. salam..huhu

    teman tak gheti berenang

    BalasPadam
  3. pndai terapung n tenggelam jek..keh2..
    teringin jgk nk laja swimming nie..:D

    BalasPadam
  4. saya ni tak tahula bila boleh pandai berenang.... huhuhu

    BalasPadam
  5. hehe~ tak pndai berenang~ dulu dad pernah ajar.. tpi tak dapat tangkap~ heeeeee~

    BalasPadam
  6. lama da xbernang..dulu rajin gak berenang kat sungai...best aktiviti ni

    BalasPadam

Terima Kasih...Dinaz sedia mengunjung balas ke blog link anda secepat mungkin InsyaAllah...hepi hepi selalu.

klik-klik dan maklumkan saya.

Catatan Popular

Dari mana datangnya tetamuku..

Arkib Blog